Friday, November 4, 2011

Kitab Usul At-Tahqiq



Kitab Usul At-Tahqiq

Ini Kitab ” Syarah Usul Al-Tahqiq “ Pada bicara Usuluddin diterjemahkan dia dengan bahasa Melayu oleh setengah daripada Al-Ulama’ as-sohlihin dan tiada hamba dapat akan ketentuan namanya dengan nas, tetapi telah dikhbarkan hamba oleh “Ba’dha saqata” bahawa yang menterjemahkan Kitab ini daripada ahli negeri Patthani.

“Bismillah hirrahmanirrahim”



Dengan tolong Allah Ta’ala ku mulai Kitab ini. Ia lah Tuhan Yang Maha Pemurah didalam negeri dunia ini pada mengurniakan rezeki hambaNya zahir dan batin, Jin dan Manusia, Binatang dan Malaikat, Islam dan kafir dan lagi amat sangat mengasihi akan segala hambaNya yang beriman Jin dan Manusia didalam negeri akhirat kemudian.

” Segala puji-pujian itu milik bagi Allah Ta’ala, Tuhan seru oleh sekelian alam “

” Dan kebajikan akhirat itu tertentu bagi segala orang yang takut mereka itu akan Allah Ta’ala “

” Dan Rahmat Allah Ta’ala dan Salam Allah Ta’ala lagi tetap Ia atas Nabi Muhammad iaitu penghulu segala Rasul “

” Dan atas segala keluarganya dan segala sahabatnya yang baik lagi suci mereka itu daripada salah “

Dan adapun kemudian daripada itu, maka inilah suatu Risalah Usul Tahqiq; ertinya Persuruhan yang melengkapi ia atas pohon Agama.

Sabda Nabi s.a.w: “Awalluddin Ma’rifatullah” Ertinya: ‘Pertama-tama ugama itu “Mengenal Allah”..

Maka adalah makna ‘Ma’rifat’ ertinya “Mengenal” itu ;

Ertinya: “Simpulan yang putus; yakni pegangan yang teguh, yang berbetulan ia dengan yang sebenar daripada dalil.”

Maka adalah dalil itu 2 perkara:-

Pertama-dalil Naqli namanya iaitu firman Allah Ta’ala dan Hadis Rasulullah.

Kedua -dalil ‘Aqli namanya iaitu menyatakan ia akan keadaan Allah Ta’ala itu.

‘Itiqad atau Pegangan Yang Salah :

1. Jikalau ada seseorang ‘itiqadnya putus tetapi tiada berbetulan ia yang benar, maka BUKAN ia bernama ‘Ma’rifat’ ,maka adalah namanya itu seperti itiqad Falsafah; – yang mengatakan alam ini Qadim (Sedia atau jadi dengan sendirinya).

2. ‘Itiqad Qadariah – Qudrat hamba yang baharu ini boleh memberi bekas.

3. ‘Itiqad Nasrani – Mengatakan Nabi Allah Isa a.s itu anak Allah Ta’ala. Dan berbagai-bagai lagi ‘itiqad yang tiada berbetulan bagi yang benar.

4. Jikalau ada seseorang itu ‘itiqadnya putus lagi berbetulan bagi yang benar tetapi TIADA padanya dalil Naqli dan dalil Aqli (akal) maka BUKAN ia dikatakan ‘Ma’rifat’ , sebaliknya itu ‘Taklid’ namanya, ertinya mengikut-ikut perkataan orang sahaja.

‘Itiqad Yang Benar :

Yang dikatakan ‘Ma’rifat’ ialah seseorang itu ‘itiqadnya putus berbetulan yang benar dan ADA padanya 2 dalil iaitu Firman Allah Ta’ala (Al-Quran) dan Hadis Rasulullah saw.

Asal makna ‘MAKRIFAT’ itu – ialah “Membezakan antara yang Qadim dengan Muhadas”

Yang Qadim itu :- Zat Allah Ta’ala, Sifat-sifatNya, Efeil-Nya (Perbuatan) dan Asma’ (Sempurna Nama atau Kata-kata Allah Ta’ala), yang terkandung pada Kalimah Syahadah Tauhid yakni Kalimah pengakuan mengEsakan Allah Ta’ala iaitu :

” AS HADU AL LAA ILAHA ILLALLAH “

Ertinya: ” Aku ketahuilah bahawasanya Tiada Tuhan Melainkan Allah; itulah Tuhan “

Rukun Syahadah itu terbahagi kepada 4 perkara :



1. Mengisbatkan ada Zat Allah Ta’ala.

2. Mengisbatkan ada Sifat (Kelakuan) Allah Ta’ala.

3. Mengisbatkan ada Efeil (Perbuatan) Allah Ta’ala iaitu mengadakan segala

“Mumkin” (alam dunia) atau tidak mengadakan segala “Mumkinat” itu.

4. Mengisbatkan ada Asma’ Allah – (Sempurna Nama atau Kata-kata bagi Zat)

iaitu segala 25 para Rasul itu dari Nabi Allah Adam hingga Nabi Muhammad

saw. adalah Kata-kata bagi Zat Allah Ta’ala.

- membenarkan segala Perkataan, Perbuatan, Kelakuan dan segala diamnya

tiada menyalahi akan Rasul Allah.

Fardhu Syahadah terbahagi kepada 2 perkara :

1. Melafazkan Dua Kalimah Syahadah itu dengan lidah pada sekali seumur hidupnya.

2. Menyungguhkan maknanya didalam hati sentiasa selama hidupnya; harus jangan berkata putusan selagi ia berakal.

Itulah pertama-tama Fardhu daripada segala fardhu ‘Ain; dahulunya daripada segala ibadat seperti sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, Zakat dan Mengerjakan Haji ke Baitullah dan merupakan SYARAT pada MENGESAHKAN segala ibadah dan jikalau tiada mengetahuinya makna Dua Kalimah Syahadah itu, maka belum lagi dikatakan SAH amal ibadat yang lain itu.

Hendaklah kita bersungguh-sungguh memahamkan makna Dua Kalimah Syahadah itu dan untuk memahaminya perlulah terlebih dahulu mengetahui segala Sifat yang WAJIB bagi Allah Ta’ala dan para Rasul-Nya serta segala Sifat yang MUSTAHIL pada keduanya dan segala yang HARUS pada keduanya itu.

Oleh yang sedemikian wajiblah segala orang yang akhil baligh, laki-laki dan perempuan, merdeka atau hamba sahaya dan sebagainya mengenal segala Sifat yang wajib, yang mustahil dan yang harus pada Allah Ta’ala serta segala Rasul Allah itu sebagaimana sabda Nabi saw.: ‘ Awaluddin Ma’rifatullah ‘;

Ertinya : ” Pertama-tama Agama itu mengenal Allah .”

Yakni mengenal segala yang wajib, yang mustahil dan yang harus bagi Zat dan Sifat Allah Ta’ala. Bukannya mengenal kepada diri Zat Allah dan ketentuan daerahNya dan tempatNya dan rupaNya, mustahil demikian itu dan adalah ditegah oleh Allah Ta’ala seperti firmanNya dalam Al-Quran Surah ‘Ali Imran ayat ke 30 ;

Ertinya: “..telah dipertakuti Allah akan kamu pada mendapatkan kepada ZatNya itu..”

Dan firmanNya dalam Surah Al-An’aam, ayat ke 103 ;

Ertinya: “..Tiada mendapat akan Dia segala penglihatannya dan DiaNya yang boleh mendapat akan segala penglihatanNya. “

Dan sabda Nabi saw:

Ertinya: “..Maha Suci Tuhanku, tiadalah ku kenal Tuhanku akan sebenar-benar pengenal kami akan Tuhan ku..”

Dan kata Saidina Abu Bakar;

Ertinya: “..Lemah pendapat daripada yang mendapat akan yang didapat, itulah pendapat.”

Kata setengah Ulama’;

Ertinya: ” Tiap-tiap barang yang tersangka-sangka ia dengan segala sangka kamu itu dan kamu dapat akan dia dengan segala akal kamu itu,

maka ia itu baharu jua seperti kamu.”

Maka nyatalah segala pengetahuan orang yang sesat itu yang menyangka-nyangka ia pada ‘itiqadnya Allah Ta’ala itu bertempat atau berupa atau boleh menyamakan Dia dengan sesuatu disangkakannya benar-benar DIRINYA itulah ALLAH TA’ALA. Maka ‘itiqad ilmu orang itu salah; yang lemah, besar menjadi kafir.(Na’uzubillah..)

Maka hendaklah engkau fahamkan ia akan makna Kalimah Syahadah ini baik-baik dengan dalil Naqli iaitu dalil Al-Quran dan Hadis serta dalil Aqli’ iaitu akal yang nurani pada mengambil nazar yang sahih pada menilik kejadian 7 petala langit dan 7 petala bumi.

Siapa yang menjadikan dianya itu ? Bolehkah ia jadi dengan sendiri atau adakah ada orang lain yang boleh menjadikan dia atau tidak boleh menjadikan dia ? Demikian juga tilik pula oleh mu pada kejadian diri kita ini seperti firman Allah Ta’ala :

Ertinya :”Katakanlah ya, Muhammad (kepada mereka) : ‘ Tilik oleh kamu semuanya apa-apa yang ada didalam tujuh petala langit dan bumi “.

Maka adalah yang nyata kepada segala orang yang berakal itu tanda bekas Qudrat dan Iradat Allah Ta’ala jua yang nyata; yakni bekas tanda Kuasa Allah dan KehendakNya juga yang nyata. Bukan langit dan bumi sahaja yang Allah Ta’ala suruh tilik, bahkan pada diri kita ini pun disuruh tilik sebagaimana firmanNya dalam Al-Quran :

Ertinya: ” Pada diri kamu itu, mengapakah tiada kamu tilik..? “

Yakni pada kejadian diri kamu ini mengapakah maka tiada kamu membicarakan. Dan lagi firman Allah Ta’ala :

Ertinya: ” Lagi akan Kami perlihatkan akan segala tanda Kami taraf alam ini dan pada diri mereka itu hingga nyatalah bagi mereka itu bahawasanya

Allah itu ADA (Ujud) sebenarnya “.

Dan lagi firman-Nya :

Ertinya: ” Maka hendaklah dibicarakan oleh manusia itu daripada apa ia dijadikan itu; iaitu ia dijadikan daripada air yang terpancar keluar daripada antara sulbi bapanya dan antara tara’ib ibunya”.

Bukannya keluar itu daripada sulbi dan tara’ib yang (tanyir) ia keduanya itu iaitu Qudrat Allah Ta’ala dan Iradat juga kerana keduanya didalam perintah Qudart dan Iradat Allah Ta’ala.

Maka adalah Qudrat Allah itu suatu SifatNya yang ‘Maudud’ dengan dia mengadakan mumkin; daripada tidak ada kepada adanya dan daripada adanya kepada tidak ada.

Dan Iradat Allah itu suatu SifatNya yang maudud dengan dia menentukan mumkin dengan setengah barang yang harus atau mumkin itu. Bukan semuanya yang harus itu ditentukan oleh Iradat itu seperti gerak dan diam; ada dengan tiada; panjang dengan pendek; besar dengan kecil; tebal dengan nipis; atas dengan bawah; kiri dengan kanan; hadapan dengan belakang dan lainnya.

Maka semuanya itu harus balik bagi ‘semumkin’ ini tetapi mustahil boleh berhimpun dua yang berlawanan kepada ‘semumkin’ ini kerana yang ditentukan oleh Iradat Allah itu suatu daripada keduanya bukan keduanya.

Demikian juga Firman Allah :

Ertinya: “Maka tidakkah dilihat oleh kamu yakni tidakkah kamu lihat dan kamu bicarakan akan air mani yang kamu tempuhkan ke dalam rahim perempuan itu, kamukah menjadikan akan dia itu atau Kamikah yang menjadikan anak itu ?”

Dan Firman-Nya :

Ertinya: “Maka tiadakah kamu lihat akan benih yang kamu tanam itu, adakah kamu menumbuhkan akan dia atau Kamikah menumbuhkan akan dia ?”

Dan lagi Firman-Nya :

Ertinya: ” Mengapa tiada menilik, membicarakan akan mereka itu kepada unta itu betapa dijadikan Allah akan dia dan tiada ditilik mereka itu kepada segala langit yang tujuh

betapa ditinggikan akan dia dan tiadakah ditilik mereka itu kepada gunung,

betapakah didirikan akan dia dan tiadakah ditilik mereka itu

kepada bumi, betapakah dihamparkan akan dia.

Maka ingatkan olehmu (ya, Muhammad) hanya sesungguhnya engkau itu mengingatkan saja tiada boleh kuasa engkau itu dengan mengerasi atas mereka itu. “

Kata Syeikh Ibrahim Al-Qani didalam Kitabnya yang bernama :

Ert

Perintah Allah Ta’ala darpada yan lainnya kemudian daripada sudah menilik kepada kejadian dirimu itu, maka berpindahlah engkau bagi menilik alam yang tinggi iaitu segala langit. Kemudian maka berpindahlah engkau bagi menilik alam yang indah itu.

Ertinya: “Engkau dapatlah dengan menilik sekelian itu akan perbuatan tukang yang indah-indah perbuatannya tetapi dengan dialah berdiri tanda tidaknya dahulu dan baharu adanya ini.”

Ertinya: ” Dan tiap-tiap barang yang harus itu baharu adanya daripada dahulu, niscaya mustahil atasnya itu sedia sekali-kali.”

Kerana itulah Hadis Nabi saw:

Ertinya: ” Fikirkan oleh kamu pada segala yang dijadikan Allah Ta’ala dan jangan kamu fikirkan pada diri Zat Allah Ta’ala “.

Inilah kata Imam Sanusi….

Ertinya: ” Bermula perbuatan itu baharu dan ia itulah bekas menunjukkan ia atas 4 nama :-

i) Zat yang Hidup. ii) Zat yang Tahu iii) Zat yang Kuasa. iv) Zat yang Berkehendak.

Ertinya: ” Dan nama itu menunjukkan ia atas segala sifat; dan iaitu Hidup – dan jikalau tiada ZatNya itu Hidup, tiadalah bersifat Yang Hidup. Jikalau tiada ZatNya itu bersifat dengan Tahu, tiadalah bernama Zat Yang Tahu dan; Kuasa, jikalau tiada ZatNya itu bersifat dengan Kuasa, tiadalah bernama Zat Yang Kuasa dan; Mengkehendaki, jikalau tiada ZatNya bersifat dengan Mengkehendaki niscaya tiadalah bernama Zat Yang Mengkehendaki.”

Ertinya: ” Dan segala sifat itu menunjukkan ia atas ZatNya kerana tiada berdiri segala sifat itu dengan sendirinya “.

Maka nyatalah dengan firman Allah Ta’ala dan Hadis Rasulullah s.a.w. kata segala ulama’ yang besar-besar itu bahawasanya Allah Ta’ala itulah menjadikan alam ini.

Maka wajiblah kita ketahui akan wajib lagi nyata Ujud Zat Allah Ta’ala itu dan wajib Zat itu ersifat Qidam, ertinya Sedia adanya; Baqa’ ertinya Kekal adanya Zat Allah Ta’ala; dan Mukhalafah tuhulilhawadis ertinya Menyalahi ada Zat Allah Ta’ala itu bagi segala yang baharu ini; Wahdaniah ertinya Esa Zat Allah Ta’ala itu ertinya ‘Tiada menduai bagi ZatNya dan Tiada yang menduai SifatNya dan Tiada yang menduai bagi PerbuatanNya.

(Ketahui olehmu) hai segala orang yang belajar maka dengan kata kita serta ‘itiqadkan Nabi Muhammad itu Persuruh Allah wajib padanya siddiq, ertinya benar.

Terkandunglah Iman kita aka segala malaikat dan Iman kita akan segala Nabi dan Iman kita akan segala Rasul dan akan segala Kitab yang diturunkan Allah kepada setengah Rasul itu iaitu 104 Kitab dan Iman kita kepada Hari yang kemudian iaitu Hari Qiamat.

Maka terkandunglah sekelian yang tersebut itu semuanya pada kata kita: “MUHAMMAD RASULLAH”, ertinya Muhammad itu Persuruh Allah Ta’ala, kerana Nabi Muhammad itu membenarkan ia akan sekelian itu.

Maka nyatalah yang terkandung pada kata kita: ‘Muhammad itu Persuruh Allah Ta’ala ‘.

Dan 18 Simpulan Iman kita dan ;

4 daripada yang wajib dan;

4 daripada yang mustahil lawan yang wajib itu menjadi ;

—-

8 dan;

2 harus menjadi;

====

10 dan;

4 – Iman kita akan segala Malaikat dan segala Rasul dan akan segala Kitab

____ dan akan segala Hari Qiamat, menjadi;

14 dan;

4 segala lawannya menjadi;

—-

18 (Lapan Belas).

====

Maka 18 ini dengan 50 dahulu pada kata; ” LA ILLAHA ILLALLAH “, itu menjadi

68 Simpulan Iman kita.

Maka terkandunglah pula sekelian itu pada kata ;

” LA ILLAHA ILLALLAH , MUHAMMAD RASULULLAH “

Ertinya: “Tiada Tuhan Melainkan Allah”,” Nabi Muhammad itu Persuruh Allah “

Maka tatkala sudah kita ketahui dan faham kita akan sekelian itu maka sempurnalah, sahlah kita kata ;

“Asy-hadu al-La illa haillallah Wa-asy haduan-na Muhammaddar-Rasulullah”

Ertinya: “Aku ketahuilah akan bahawasanya Tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benar sembah, Melainkan Allah dan Aku ketahui akan bahawasanya Nabi Muhammad Rasulullah itu Persuruh Allah.”

Dan jikalau belum kita ketahui maknanya sekeliannya itu adalah perkataan kita itu berdusta juga adanya belum lagi ada pada kita Ma’rifat, ertinya ‘ Mengenal ‘. Maksiat lagi taklid juga, ertinya mengikut-ikut kata orang jua. Seperti Sabda Nabi s.a.w :

Ertinya: ” Apabila kamu ketahuilah terang seperti matahari nyatanya, maka naik saksilah kamu.”

Yakni tiada lagi syak dan tiada zan dan tiada waham, semata-mata yakinlah kamu. Maka daripada Nabi diambil qias oleh segala Ahli Sufi r.a pada bicara Zikirullah itu hendaklah dilihat nyata cahayanya terang didalam hati seperti cahaya matahari atau cahya bulan atau seperti emas atau seperti perak yang baru tiada karatan lagi; yakni tiada syak dan tiada zan dan tiada waham ertinya tiada {kuras}dan sangka lagi didalam hati.

Nyata tersurat didalam hati itu yakni tetap teguhlah yakinnya dan pengenalannya akan imannya pada ” La illaha illallah, Muhammad Rasulullah “ itu yakni tasdiqnya akan dia didalam hatinya teguhlah dan tetaplah tiada berubah-ubah lagi kehendaknya itu. Telah diketahuilah serta fahamlah ia akan sekelian itu didalam hatinya.

Bukannya ada tersurat, yang tersuratnya didalam hatinya daging sekepal yang bernama jantung itu ada Kalimat Allah atau Muhammad didalam jantung ia seperti ambilan orang salah.

** WALLAHHU ALAM **



RUJUKAN : DARIPADA KITAB USUL TAHQIQ

Tuhan ku! Akulah hamba Mu yang fakir di dalam kekayaanku, maka bagaimana aku tidak menjadi orang yang fakir didalam kefakiran ku. Tuhanku, akulah orang yang bodoh didalam ilmuku, maka bagaimanakah aku tidak lah pula seorang yang bodoh didalam kebodohanku.

Tuhanku, sesungguhnya perubahan kehendakMu dan kecepatan berlangsungnya takdir Mu, telah mencegah hamba-hambaMu yang ahli Makrifah kepada Mu yang tenang menerima pemberian dan kebosanan didalam menerima cubaan daripada Engkau.

Tuhanku, daripada keluar apa yang memang patut dengan sifat kejiku dan daripada Mu pasti keluar apa yang patut dengan sifat kemurahan Mu.

Tuhanku, Engkaulah telah mensifati Dzat Mu dengan lemah lembut dan belas kasihan kepada ku sebelum terwujud sifat kelemahan ku. Adakah Engkau akan menolakku dari kedua-dua sifat itu setelah benar-benar terwujud kelemahan ku?

Tuhanku, jika terlihat kebaikkan-kebaikan daripadaku, maka itu semua adalah berkat anugerahMu dan bagi Mu lah yang hak untuk menuntutku. Dan jika terlihat kejahatan-kejahatan daripadaku, maka itu semua disebabkan oleh keadilanMu dan bagi Mu lah yang hak untuk menuntut alasan kepadaku.

Tuhanku, mengapakah Engkau menyerahkan kembali kepada ku untuk menguruskan diriku, padahal sesungguhnya Engkau telah menyerahkan kepadaku jaminan. Dan bagaimana aku dihinakan padahal Engkau adalah penolong ku atau bagaimana aku mesti kecewa padahal Engkau adalah Dzat yang belas kasih kepada ku.

Inilah aku yang berperantara bertawassul kepadaMu dengan kefakiranku untuk menuju kepadaMu. Dan bagaimana aku mesti berperantara kepadaMu dengan apa juga hal yang membolehkan aku sampai kepada Mu. Dan bagaimana aku mengadu kepadaMu mengenai keadaanku, padahal keadaan ku tidak samar atas Mu. Atau bagaimana aku mesti menerangkan kepadaMu dengan kata-kataku, padahal kata-kataku itu daripada Mu jua, yang keluar menuju kepadaMu. Atau bagaimanakah Engkau kecewakan harapanku, padahal harapan itu benar-benar telah datang kepadaMu. Atau bagaimana tidak akan baik keadaan ku padahal dengan Mu lah keadaan itu berasal dan kembali pula kepada Mu.

Tuhanku, alangkah banyaknya kelembutanMu kepada ku padahal aku sangat bodoh. Dan alangkah banyaknya kasih sayang Mu kepada ku padahal perbuatan ku sangat buruk.

Tuhanku, alangkah lemah lembutnya Engkau kepada ku, maka apakah gerangannya yang menghalang ku hingga jauh daripadaMu.

Tuhanku, sesungguhnya aku telah mengerti akan perubahan dunia ini dan silih bergantinya masa, bahawasanya yang Engkau kehendaki daripadaku adalah Engkau perkenalkan kekuasaanMu kepadaku didalam setiap sesuatu hingga aku tidak boleh kepada Mu didalam sesuatu itu.

Tuhanku, sewaktu kekejian ku menutup mulutku, maka sifat kemurahanMu telah membuka mulutku, dan sewaktu sifat-sifat celaka memutuskan harapanku, maka kurniaMu telah membuka harapan ku.

Tuhanku, orang yang sudah banyak kebaikannya itu masih banyak kesalahannya,maka bagaimanakah tidak akan menjadi kesalahan-kesalahan itu sebagai dosa. Dan orang yang berilmu dan berpengetahuannya itu hanya sebagai pengakuan-pengakuan,maka bagaimanakah tidak akan menjadi pengakuannya itu sebagai kepalsuan belaka.

Tuhanku, keputusan Mu yang mesti berlaku dan kehendakMu yang memaksa, kedua-duanya tidak akan memberi kesempatan untuk berkata-kata bagi orang yang pandai berbicara(berdalih) atau untuk melaksanakan kesakitannya bagi orang yang mempunyai kesakitan.

Tuhanku, berapa banyak ketaatan yang telah aku lakukan dan tingkah laku yang aku perbaiki, namun telah menghancurkan keadilanMu atasnya, bahkan membatalkan aku untuk menerima anugerahMu yang aku hajati.

Tuhanku, Engkau mengerti, meskipun perbuatan taat daripada ku tidak terus menerus, namun sesungguhnya ketaatan ku itu terus menerus dalam kecintaan dan keazaman ku.

Tuhanku, bagaimana aku berazam, sedangkan Engkau yang menentukan dan bagaimana aku berazam sedang Engkau yang memerintahkan.

Tuhanku, hilir mudikku pada keduniaan ini menyebabkan jauhnya perjalanku menuju kepadaMu. Maka kumpulkanlah aku atas Mu dengan sesuatu pengabdian yang menyampaikan aku kepada Mu.

Tuhanku, bagaimana dapat dijadikan dalil atasMu sesuatu yang tidak ada bagiMu, sehingga aku menjelaskan kepadaMu. Bilakah Engkau samar sehingga Engkau memerlukan dalil yang menunjukkan kepadaMu. Dan bilakah Engkau jauh sehingga adanya alam ini dapat menyampaikan kepadaMu.

Tuhanku, sungguh buta matahati yang tidak dapat melihat kedekatan Engkau. Dan merugilah perniagaan seseorang yang dia tidak menjadikan untuknya bahagian cinta kepadaMu.

Tuhanku, Engkau perintahkan aku untuk kembali ke alam ini, maka kembalikanlah aku kepadanya dengan menyandang cahaya dan petunjuk matahati sehingga aku boleh kembali kepadaMu dari alam ini, sebagaimana ketika aku masuk kepada Mu dari alam ini dalam keadaan hati yang terjaga daripada melihat alam ini dan dihilangkan kehendaknya daripada berpegang kepadanya(dunia). Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa atas segala sesuatu.

Tuhanku, Inilah kehinaan terlintas dihadapanMu dan inilah perilaku ku yang tidak samar lagi atas Mu. Daripada Mu aku memohon supaya dapat sampai kepadaMu dan dengan Mu pula aku mencari petunjukMu, maka berilah petunjuk kepadaku dengan cahayaMu untuk menuju kepada Mu dan tegakkanlah aku dengan kesungguhan beribadah dihadapanMu.

Tuhanku, ajarkanlah kepadaku secara langsung dari ilmu Mu untuk bersembunyi dalam perbendaharaan Mu dan pelihara aku dengan rahsia namaMu yang terpelihara.

Tuhanku, berilah aku kedudukan sebagai orang-orang ahli hakikat yang telah dekat pada Mu, dan tuntunlah aku pada jalan orang-orang yang tertarik langsung kepada Mu.(orang majdzub)

Tuhanku, berilah aku dengan pengaturan Mu dari pengaturanku, dari pilihanku. Dan tetapkanlah aku pada tempat-tempat keburukanku yang mendesak.

Tuhanku, keluarkanlah aku daripada kehinaan diriku dan berikanlah aku daripada keraguan-keraguan dan keperkutuanku sebelum aku masuk ke liang kubur. Hanya kepada Mu lah aku berserah diri, maka janganlah Engkau menyerahkan diriku kepada ku. Hanya kepada Mu lah aku memohon, maka janganlah Engkau kecewakan aku. Dan hanya kepadaMu lah aku berharap, maka janganlah pula Engkau halangi aku daripada nikmatMu. Di sisiMu lah aku mendekat, maka janganlah Engkau jauhkan aku. Dan di pintu Mu lah aku berdiri, maka janganlah Engkau tolak aku.

Tuhanku, Maha Suci keredhaan Mu dan kerana keredhaan Mu itu, maka bagaimana akan ada sebab keredhaan daripadaku. Engkau Maha Kaya dengan Dzat Mu daripada sampainya kemanfaatan kepada Mu daripada Mu, maka bagaimanakah akan memerlukan daripadaku, sedangkan aku adalah hamba Mu yang tidak berdaya.

Tuhanku, Engkaulah yang telah memancarkan cahaya-cahaya dalam hati para kekasihMu sehingga mereka mengenal Engkau dan mengEsakan Mu. Dan Engkaulah Dzat yang menghilangkan rasa keduniaan daripada hati para pencinta Mu sehingga mereka tidak senang kepada selain Engkau serta tidak mahu kembali bersandar kepada selain Engkau. Engkau Dzat yang mententeramkan mereka, sekiranya alam-alam ini meresahkan mereka. Dan Engkaulah satu-satunya Dzat yang mewujudkan mereka sehingga nyata bagi mereka jalan-jalan kebenaran.

Tuhanku, bagaimanakah boleh diharapkan selain Engkau, padahal Engkau tidak pernah memutuskan kebaikan. Dan bagaimana boleh diminta kepada selain Engkau padahal Engkau tidak pernah merubah kebiasaan memberi kurnia.

Wahai Dzat yang telah memberi rasa kepada orang-orang yang mencintaiNya atas kemanisan bermesra-mesraan denganNya, maka mereka berdiri di hadapanNya dalam kelembutan kasih sayang. Wahai Dzat yang telah memberi pakaian pada kekasihNya dengan pakaian kebesaranNya, maka berdiri mereka dalam keadaan merasa agung kerana keagunganNya.

Tuhanku, Engkaulah satu-satunya Dzat yang selalu ingat kepada hamba-hambaMu sebelum hamba-hambaMu ingat kepada Mu. Dan Engkau satu-satunya yang mulai memberikan kebaikan sebelum orang-orang ahli ibadah menghadap Mu. Dan Engkaulah satu-satunya Dzat Yang Maha Pemurah dengan berbagai pemberian sebelum adanya permohonan orang-orang yang memohon. Dan Engkaulah satu-satu Dzat Yang Maha Memberi, kemudian Engkau terhadap apa yang Engkau berikan kepada kami itu sebagai orang-orang yang berhutang.

Tuhanku, tuntutlah aku dengan rahmat Mu sehingga aku boleh sampai kepada Mu, dan tariklah aku dengan nikmat Mu, sehingga aku boleh menghadap kepada Mu.

Tuhanku, sesungguhnya pengharapan tidak akan terhenti daripadaMu, walaupun aku telah derhaka kepada Mu, sebagaimana sesungguhnya rasa takutku tidak akan memisahkan aku walaupun aku taat kepada Mu.

Tuhanku, sesungguhnya telah menolak aku semua alam ini dalam menuju kepada Mu. Dan sesungguhnya ilmuku telah memberhentikan aku dihadapan Mu kerana adanya kemurahan Mu.

Tuhanku, bagaimana aku boleh mencapai kemuliaan padahal Engkau telah menempatkan aku di dalam kehinaan. Atau bagaimana aku tidak boleh mncapai kemuliaan, padahal kepada Mu lah aku bersandar. Atau bagaimanakah aku tidak memerlukan, padahal Engkau telah meletakkan aku di dalam kefakiran. Atau bagaimanakah aku mesti memerlukan , padahal Engkau dengan sifat kemurahan Mu telah memberi kekayaan kepada ku.

Tuhanku, Engkaulah satu-satunya Dzat yang tiada Tuhan yang patut disembah melainkan Engkau. Telah Engaku pertemukan dzat Mu pada setiap sesuatu, sehingga tiada suatupun makhluk yang tidak mengenal Mu. Dan Engkaulah satu-satunya dzat yang telah memperkenalkan Dzat Mu kepada ku didalam setiap sesuatu, sehingga aku dapat melihat Mu dengan jelas di dalam setiap sesuatu itu. Maka Engkaulah Dzat yang cukup nyata pada setiap sesuatu.

Wahai Dzat yang telah berkuasa dengan sifat kasih sayang Nya diatas Arasy, sehingga jadilah Arasy itu lenyap di dalam kasih sayang Nya, sebagaimana seluruh alam ini lenyap di dalam Arasy, dan Engkau lenyapkan pula Arasy itu dengan diliputi oleh berbagai cakerawala rahmat Mu.

Wahai Dzat yang telah melindungi di dalam dinding-dindingnya daripada jangkauan penglihatan mata. Wahai Dzat yang terang dan jelas di dalam hati orang-orang ahli makrifat dengan kesempurnaan dan keindahanNya, sehingga jelas kebesaranNya di dalam hati mereka. Bagaiman engakau boleh menjadi samar, padahal Engkau Maha Nyata, atau bagaimana Engkau boleh ghaib, padahal Engkau adalah Dzat Yang Mengawasi dan sentiasa hadir.

WAHAI TUHAN KAMI, KAMI MENZALIMI DIRI INI, JIKA TIADA DIAMPUNI, MASUKLAH KAMI KEDALAM GOLONGAN YANG RUGI….

WAHAI TUHAN…KU TAK LAYAK, KE SYURGA MU

NAMUN TAK PULA ….AKU SANGGUP, KE NERAKAMU

AMPUNKANLAH….DOSA YANG KU TERIMA, KAU HARAPANKU

DENGAN RAHMATMU AMPUN KAN DAKU, OH TUHANKU…



Kitab al-Muntahi karangan Hamzah Fansuri

Kitab-kitab lama memang sukar didapati sekarang, sesiapa yang memiliki kitab lama sangat beruntung kerana ia adalah suatu harta yang bernilai, lebih dari segunung intan. Kami ingin berkongsi ilmu yang terdapat pada kitab lama yang kami perolehi, semoga memberi manfaat kepada semua yang berminat.Petikan dari kitab Al-Muntahi, karangan Sufi terkenal dari Indonesia, HAMZAH FANSURI.


Bahagian Pertama: AL-MUNTAHI(1)

1. Ketahui oleh mu hai Talib (pelajar) bahawa sabda Rasullulah saw : Barang siapa menilik kepada suatu, jika tidak dilihatnya Allah dalamnya, maka ia itu sia-sia. Kata Ali (Saidina Ali): Tiada ku lihat suatu melainkan kulihat Allah dalamnya. Sabda Nabi; Barangsiapa mengenal dirinya, maka sanya mengenal Tuhannya.

2. Erti mengenal Tuhan dan mengenal dirinya yakni: diri KUNTU KANZAN MAKHFIYYAN itu dirinya, dan semesta sekelian alam Ilmu Allah. Seperti sebiji (benih) dan pohon, pohonya dalam sebiji itu, sungguhpun tidak kelihatan, tetapi hukumnya ada dalam sebiji itu. Kata Seikh Junaid: Ada Allah dan tiada ada sertaNya suatu pun. Ia sekarang ini seperti AdaNya dahulu itu jua. Kerana itu Ali berkata; Tiada ku lihat sesuatu melainkan ku lihat Allah dalamnya.

Bahagian kedua:Al-Muntahi(2)

3. Tetapi jangan melihat seperti kain basah kerana kain lain, airnya lain. Allah SWT maha suci daripada demikian itu tamsilnya, tetapi jika ditamsilkan seperti laut dan ombak, harus seperti kata syair;

Yang laut itu laut jua pada sedia pertamanya,

Maka yang baru itu ombaknya dan sungainya,

Jangan mendindingi di kau segala rupa yang menyerupai dirinya,

Kerana dengan segala rupa itu dinding daripadanya.

Tetapi ombak beserta dengan laut Qadim, seperti kata; Laut itu Qadim, apabila berpalu, baru ombak namanya dikata, tetapi pada hakikatnya laut jua,… kerana laut dan ombak esa tiada dua. Seperti Firman Allah; Allah dengan segala sesuatu meliputi. Sabda Rasullulah saw; Aku daripada Allah, sekelian alam daripada ku.

Seperti matahari dengan cahayanya dengan panasnya; namanya tiga hakikatnya satu jua. Seperti isyarat Rasullulah saw; barangsiap mengenal dirinya sanya mengenal Tuhannya.

4. Adapun dirinya itu, sungguhpun beroleh nama dan rupa jua, hakikatnya rupanya dan namanya tiada. Seperti bayang-bayang dalam cermin; rupanya dan namanya ada hakikatnya tiada. Seperti sabda Rasullulah saw; Yang Mukmin itu cermin samanya mukmin.

Ertinya, Nama Allah Mukmin, maka hambanya yang khas pun namanya mukmin. Jika demikian sama dengan Tuhannya, kerana hamba tidak bercerai dengan Tuhannya, dan Tuhan pun tidak bercerai dengan hambaNya.

3. Tetapi jangan melihat seperti kain basah kerana kain lain, airnya lain. Allah SWT maha suci daripada demikian itu tamsilnya, tetapi jika ditamsilkan seperti laut dan ombak, harus seperti kata syair;

Yang laut itu laut jua pada sedia pertamanya,

Maka yang baru itu ombaknya dan sungainya,

Jangan mendindingi di kau segala rupa yang menyerupai dirinya,

Kerana dengan segala rupa itu dinding daripadanya.

Tetapi ombak beserta dengan laut Qadim, seperti kata; Laut itu Qadim, apabila berpalu, baru ombak namanya dikata, tetapi pada hakikatnya laut jua,… kerana laut dan ombak esa tiada dua. Seperti Firman Allah; Allah dengan segala sesuatu meliputi. Sabda Rasullulah saw; Aku daripada Allah, sekelian alam daripada ku.

Seperti matahari dengan cahayanya dengan panasnya; namanya tiga hakikatnya satu jua. Seperti isyarat Rasullulah saw; barangsiap mengenal dirinya sanya mengenal Tuhannya.

4. Adapun dirinya itu, sungguhpun beroleh nama dan rupa jua, hakikatnya rupanya dan namanya tiada. Seperti bayang-bayang dalam cermin; rupanya dan namanya ada hakikatnya tiada. Seperti sabda Rasullulah saw; Yang Mukmin itu cermin samanya mukmin.

Ertinya, Nama Allah Mukmin, maka hambanya yang khas pun namanya mukmin. Jika demikian sama dengan Tuhannya, kerana hamba tidak bercerai dengan Tuhannya, dan Tuhan pun tidak bercerai dengan hambaNya.

Bahagian ketiga: Al-Muntahi(3)

5. Seperti firman Allah SWT: IA itu serta kamu barang di mana ada kamu. Dan lagi Firman Allah SWT: Jika orang tiga, melainkan IA jua keempatnya dengan mereka itu; dan jika ada lima (orang), melainkan IA keenamnya dengan mereka itu; dan tiada lebih dan tiada kurang daripada demikian itu malainkan IA jua serta mereka itu.

Seperti firman Allah SWT: Kami terlebih hampir kepadanya daripada urat leher yang kedua.

6. Dengarkan hai Talib (pelajar) WA HUA MA AKUM (dan DIA beserta kamu), tiada di luar dan tiada di dalam, dan tiada di atas dan tiada di bawah, dan tiada di kiri dan tiada di kanan, seperti firman Allah SWT: IA jua yang Dahulu (Awal) dan IA jua yang Kemudian (Akhir) dan IA jua yang Nyata (Zahir) dan IA jua yang Tersembunyi (Batin).

Lagi pun tamsil seperti pohon kayu sepohon. Namanya (pohon) limau atau atau lain daripada (pohon) limau. Daunnya lain, dahannya lain, bunganya lain, buahnya lain, akarnya lain. Pada hakikatnya sekelian itu (pohon) limau jua. Sungguhpun namanya dan rupanya dan warnanya berbagai, hakikatnya esa jua.

Jikalau demikian hendaklah segala Arif (orang) mengenal Allah SWT seperti isyarat Rasullulah SAW: Barang siapa mengenal dirinya maka sanya mengenal Tuhannya.

Bahagian keempat: Al-Muntahi.(4)

7. Sebermula sabda Rasullulah SAW dengan diisyaratkan jua. Sungguhpun pada Syariat rupanya berbagai-bagai pada Hakikat Esa jua, seperti kata syair;

Bahawa ada kekasihku, tubuh dan nyawa rupanya jua,

Apa tubuh? Apa nyawa?…. sekelian alam pun rupanya jua;

Segala rupa yang baik dan erti yang suci itu pun rupanya jua,

Segala barang yang datang kepada penglihatanku itu pun rupanya jua.

Seperti firman Allah SWT : Barang ke mana mukamu kau hadapkan, maka di sana ada Dzat Allah. Tamsil, seperti susu dan minyak sapi, namanya dua, hakikatnya satu jua. Kesudahannya susu lenyap apabila ia diputar… minyak jua kekal sendirinya.

8. Sesekali tidak bertukar seperti sabda Rasullulah SAW: Barangsiapa mengenal dirinya dengan fananya, bahawa sanya mengenal ia Tuhannya dan Baqalah ia dan serta Tuhannya.

Seperti mengetahui ruh dengan badan; Ruh muhit (hidup) pada badan pun tiada, dalam badan pun tiada, di luar badan pun tiada. Demikian lagi Tuhan; pada sekelian alam pun tiada, dalam alam pun tiada, di luar alam pun tiada. Seperti permata cincin dengan cahayanya, dalam permata pun tiada cahayanya, di luar permata pun tiada cahayanya.

Bahagian kelima: Al-Muntahi(5)

9. Kerana itu kata Saidina Ali: Tiada ku lihat melainkan ku lihat Allah di dalamnya. Kata Mansur Hallaj, pun berkata dengan sangat berahinya: Ana al Hak (Akulah yang Sebenarnya. Maka kata sufi Yazid: Maha suci aku, siapa besar sebagai aku.

Maka kata syeikh Junaid: Tiada di dalam jubahku ini melainkan Allah. Maka kata Sayyid Nasimi: Bahawa Akulah Allah. Maka kata Maksudi: Dzat Allah yang Qadim, itulah dzat ku sekarang.

Dan kata Maulana Rumi: Alam ini belum, adaku adalah; Adam pun belum, adaku adalah; Suatupun belum, adaku berahikan Qadim ku jua.

Dan kata Sultan Asyikin Syeikh Ali Abul Wafa: Segala wujud itu WujudNya jangan kau sekutukan dengan yang lain; Apabila kau lihatNya bagiNya dengan dia, maka sujudlah engkau sana tiada berdosa.

Maka kata kitab Gulshan:

Hai segala Islam, jika kau ketahui berhala apa,

Kau ketahui olehmu bahawa yang jalan itu pada menyembah berhala dikata.

Jika segala kafir daripada berhalanya itu dalalnya,

Mengapa maka pada agama itu jadi sesat.

(Peringatan: Kandungan kitab ini amat berat bagi pemikiran yang tidak faham, jangan membuat kesimpulan sendiri, mintalah kepada Allah untuk mendapatkan penjelasan.)

Bahagian keenam: Al-Muntahi(6)

10. Sebab demikian maka Syeikh Aynul Qudat menyembah anjing mengatakan: Hadha rabbi ( Inilah Tuhanku), kerana anjing itu tidak dilihatnya, hanya dilihatnya Tuhannya jua. Seperti orang melihat kepada cermin, mukanya jua yang dilihatnya, cermin ghaib dari penglihatannya, kerana alam ini pada penglihatannya seperti bayang-bayang jua,…. rupanya ada Hakikatnya tiada. Nisbat kepada Hak Allah SWT tiada nisbat kepada kita, adalah kerana kita memandang dengan hijab. Seperti Sabda Rasullulah SAW: Siapa mengenal dirinya sesungguhnya ia mengenal Tuhannya; dengan isyaratkan jua, … pada Hakikatnya dikenal pun Ia, mengenal pun Ia.

11. Seperti Sabda Rasullulah SAW: Barangsiapa mengenal Allah lanjuti lidahnya. Pada tatkala mulanya mengetahui… siapa mengenal dirinya…, setelah sampai kepada… sesungguhnya mengenal Tuhannya,… maka Ia Sendiri NYA. Maka Sabda Rasullulah SAW: Barangsiapa mengenal Allah maka kelulah lidahnya; … ertinya tempat berkata tiada lagi lulus.

12.Seperti kata Syeikh Muhyil Din Arabi: Sesungguhnya Allah adalah Rahsiamu; …. itupun isyarat kepada: Barangsiapa mengenal dirinya sesungguhnya ia mengenal Tuhannya,..jua.

Syair Muhyil Din Arabi;

Jika ada engkau orang bermata, bermula hamba itu kenyataan Tuhan, jika ada engkau orang berbudi maka barang segala engkau lihat ini keadaan NYA; Dan jika ada engkau orang bermata dan berbudi, maka apakah yang engkau lihat?,….hanya segala sesuatu itu di dalam NYA melainkan dengan segala rupa.

Seperti Firman Allah SWT: Ia itu serta kamu barang di mana ada kamu.

Dan lagi kata Syeikh Muhyil Din Arabi dalam bentuk syair: Kamilah huruf yang maha tinggi tiada berpindah, Dan yang tergantung dengan istananya di atas puncak gunung. Aku engkau di dalamnya, dan kami engkau dan engkau,.. Ia, …maka sekelian dalam Itu… Ia, ….. maka bertanyalah engkau kepada barangsiapa yang telah wasal (sampai kepada Allah).

Bahagian ketujuh: Al-Muntahi (7)

13. Hai Pelajar mengetahui “siapa mengenal diri mengenal Tuhannya.” bukan mengenal jantung atau paru-paru, bukan mengenal kaki dan tangan. Makna “siapa mengenal diri…” adanya dengan ada Tuhannya esa jua. Seperti kata Syeikh Junaid: “Warna air itu warna bejananya” .

Seperti kata syair:

Sesungguhnya telah tersembunyilah engkau maka

tiada dapat dilihat oleh segala mata;

Maka betapa dilihat oleh segala mata

Kerana Ia terdinding oleh adaNya.

Kata Syeikh Muhyildin Arabi:

Jika pergilah aku menuntut Dia,

tiadalah berkesudahan tuntutku,

jika datang aku ke hadiratNya,

Ia liar daripadaku;

Tidak aku melihat Dia,

Ia tidak jauh daripada penglihatanku,

Bermula: Ia ada dalamku dan tiada aku bertemu pada seumurku.



Maka ini lagi kata Syeikh Junaid: Adamu ini dosa, tiada dosa sebagainya.

14. Barangkali engkau pun satu wujud, Hak SWT pun satu wujud, sharika lahu (engkau mensyirikanNya) datang kerana Hak SWT:wahdahu la shararika lahu: (ertinya:tiada sekutu bagiNya), tiada wujud lain hanya wujud Hak SWT. Seperti laut dan ombak.

Seperti Firman Allah:Barang ke mana mukamu kau hadapkan, maka di sana ada Dzat Allah.

Kata Maulana Abdul Rahman Jami:

Sekampung sekedudukan, sekelian itu Ia jua;

Pada telekung segala minta makan dan pada atlas segala raja-raja itu pun Ia jua;

Pada segala perhimpunan dan perceraian dan rumah yang tersembunyi dan yang berhimpun itu pun Ia jua;

Demi Allah sekeliannya ia jua.

Maka demi Allah sekeliannya Ia jua.





Bahagian kelapan: Al-Muntahi(8)



15. Misalan seperti sebiji benih pokok, di dalamnya terdapat sepohon pokok kayu,yang lengkap. Asalnya biji benih itu jua, setelah menjadi pokok kayu yang tumbuh besar, biji benih itu pun ghaib (tidak kelihatan)- pokok kayu juga yang kelihatan. Warnanya pokok pun berbagai-bagai, rasanya buah pun berbagai-bagai, tetapi asalnya adalah dari sebiji benih itu.

Seperti firman Allah:… Kami tuangkan dengan suatu air dan Kami lebihkan setengah atas sesetengahnya pada rasa makanan.

Perhatikan pula misalan, seperti air hujan dalam tanam-tanaman. Air hujan itu jua yang meresapi pada sekelian tanaman dan berbagai-bagai pula rasanya. Pada buah limau masam rasanya, pada pokok tebu manis rasanya, pada mambau pahit rasanya, masing-masing membawa rasanya. Tetapi pada hakikatnya air hujan itu jua pada sekelian tanaman itu.

Satu lagi misalan, seperti matahari dengan panas, jikalau panas kepada bunga atau kepada cendana, tidak ia beroleh bau daripada bunga (maksudnya bau bunga itu tidak memberi bau kepada panas). Jikalau najis pun demikian lagi. Jangan syak di sini kerana syak itu adalah hijab.

16. Kerana atas bekas Jalal dan atas bekas mazhar Jamal tidak ia bercerai, maka Kamal namanya. Nama Al Muiz tiada bercerai, nama Al Latif dan Al Qahar tiada bercerai. Dan syirik pun bekasNYA jua:

Seperti kata Shah Nikmatullah:

Kulihat Allah pada keadaanku dengan PenglihatanNYA;

Bermula: keadaanku itu KeadaanNYA,

maka tilik kepadaNYA dengan tilik daripadaNYA.

Kekasihku, pada segala lain daripadaku,

lain daripada adaku,

Bermula: padaku AdaNya itu dengan keadaanku satu ju.



Inilah sifat: Siapa yang mengenal diri maka mengenal Tuhannya, itupun permulaan jua.





































Bahagian kesembilan: : Al-Muntahi(9)



17. Firman Allah SWT: QS AS SAFFAAT 37: 96: Bahawa Allah menjadikan kamu dan barang perbuatan kamu.

Dan lagi Firman Allah SWT: QS Hud 11:56: Tiada sesuatu yang melata di muka bumi, melainkan Dialah yang menguasainya. Sesungguhnya Tuhanku di jalan yang lurus.

Dan lagi sabda Rasullulah SAW: Tiada daya dan upayaku kecuali dengan izin Allah.

Sabda Rasullulah lagi: Tidak bergerak suatu zarah kecuali dengan izin Allah.

Sabda Rasullulah lagi: Baik dan buruk itu daripada Allah SWT.

Firman Allah SWT QS AL MURSALAT 77:30: : Dan tidak berkehendak mereka itu seorang jua pun melainkan dengan kehendak Allah jua.

18. Sekelian dalil dan hadis ini isyarat kepada : Siapa yang mengenal diri maka mengenal Tuhannya, lain daripadanya tiada.

Dan kata Syeikh Muhyildin Arabi:



Telah haramlah atas segala yang berahi bahawa memandang lain daripadaNYA,

Apabila ada keadaan Allah dengan cahayaNYA giling gemilang.

Barang segala yang ku katakan dan bahawa Engkau jua Esa, tiada lain

Suatupun daripadaMu maka sekarang barang lain daripadaMu itu seperti haba adanya.



Seperti Firman Allah SAT: QS AR RAHMAN 55: 29: Pada segala hari Ia dalam kelakuanNYA

Bahagaian kesepuluh: Al-Muntahi(10)

19. Pada zahirNya berbagai-bagai, tetapi pada DzatNya tidak berbagai-bagai dan tiada berubah kerana Ia, seperti Firman Allah QS Al Hadid 57: 3.

Dia Yang Awal, Yang Akhir, Yang Zahir dan Yang Batin.

AwalNya tidak ketahuan akhirNya tidak berkesudahan zahirNya amat tersembunyi dengan batinNya tidak kedapatan. Memandang diriNya dengan diriNya, melihat diriNya dengan DzatNya dengan SifatNya dengan AfaalNya dengan AtharNya (bekasnya). Sungguhpun namaNya empat tetapi hakikatNya esa.

Seperti kata Syeikh Muhyildin Arabi: Menunjukkan AdaNya dengan AdaNya.

Sementara itu, Imam Muhammad Ghazzali berkata: Alam ini daripadaNya dengan Dialah tetapi sekelianya Dia.

Kata Kimiyai Saadat:

Wujud kami daripadaNya dan kuasa kami dengan Dia,

Tiada bezanya antaraku dan Tuhanku melainkan dengan dua martabat. (martabat Tuhan dan martabat hamba).

Inilah ibarat kata-kata: Siapa yang mengenal dirinya mengenal ia Tuhannya.



20. Allah SAW tidak bertempat dan tidak bermisal. Mana ada tempat jika lain daripadaNya tiada? Mana tempat, mana misal, mana warna?

Hamba pun demikian lagi hendaknya jangan bertempat, jangan bermisal, jangan berjihat enam, kerana sifat hamba (adalah sifat) Tuhannya, seperti kata-kata berikut:

Apabila sempurna Fakir, maka Ia itu Allah dan hidupNya dengan hidup Allah.

Maulana Abdul Rahman Jami berkata:

Kepada kekasih yang tidak berwarna itu (Allah) kau kehendak, hai hati

Jangan kau padamkan kepada warna mudah-mudahan, hai hati

Bahawa segala warna daripada tidak berwarna datangnya, hai hati

Barangsiapa mengambil warna daripada Allah itulah terlebih baik, hai hati !!!

Bahagian kesebelas: Al-Muntahi (11)

21. Yakni yang asalnya tidak berwarna dan tidak berupa. Segala rupa yang dapat dilihat dan dapat dibicarakan, sekelian makhluk jua pada ibaratnya. Barangsiapa menyembah makhluk, ia itu musyrik (menyekutukan Allah), seperti menyembah orang mati, jantung dan paru-paru, sekelian itu berhala jua hukumnya. Barangsiapa menyembah berhala, ia itu kafir…. kami berlindung dengan Allah daripadanya, Allah yang lebih mengetahui.

22. Jika demikian mengapa memandang seperti ombak dan laut? (padahal kedua-duanya esa jua).

23. Seperti kata syair:

Bekas kaca dan hening air minuman

Maka serupa kedua-duanya dan sebagai pekerjaannya

Maka sanya minuman tiada dengan piala

Dan bahawa piala tiada dengan minuman.

Yakni warna kaca dan warna minuman esa jua, warna minuman dan kaca begitu jua, tiada dapat dilainkan.

Seperti kata syair:

Asalnya satu jua warnanya berbagai-bagai

Rahsia ini bagi orang yang tahu jua dapat memakainya.

Dan lagi syair:

Berahi dan yang berahi dan yang diberahikan itu ketiga-tiganya esa jua

Sini apabila pertemuan tiada lulus, perceraian di mana kan ada?









Bahagian keduabelas: Al-Muntahi (12)

24. Mengapa dikata bertemu dan bercerai itu dua? Hendaknya pada Alim (yang mengetahui) hakikatnya tiada dua. Seperti ombak dan laut esa jua, pada zahirnya jua dua, tetapi bertemu pun tidak bercerai pun tidak, di dalamnya tiada di luarnya pun tiada.

Seperti kata Ghawth: Mana kebaktian terlebih kepadaMu ya Tuhanku?

Firman Allah SWT: Sembahyang yang di dalamnya tiada lain selain daripadaKu, dan yang menyembah ghaib.

Nyatalah daripada ini bahawa yang disembah pun Ia jua, yang menyembah pun Hak. Seperti kata Mashakikh:

Tiada mengenal Allah hanya Allah

Tiada mengetahui Allah hanya Allah

Tiada melihat Allah hanya Allah.

Dan lagi seperti kata Maulana Abdul Rahman Jami:

Orang yang wasal (sampai) itu seperti orang yang duduk kesal;

Taulannya diceritakannya daripada penceraiannya

Dan seru dan tangisnya, sehingga jadi harum daripada wasal; terhenti olehnya

Daripada penceraiannya dan daripada penuh dengan dukacitanya.

Dan seperti kata Shibli:

Aku seperti katak tinggal dalam laut

Jika kubukakan mulutku nescaya dipenuhi air;

Jika aku diam nescaya matilah aku dalam percintaanku.

25. Isyarat daripada Syeikh Sakdul Din: Jangan lagi dicari tidak akan diperolehi, jika lagi dipandang tiada dilihat, kerana perbuatan kita itu seperti angin di laut. Jikalau berhenti angin ombak pulang kepada asalnya.

Seperti Firman Allah QS Al Fajr 89: 27,28:

Hai jiwa-jiwa nan tenang (mutmainah), kembalilah kamu kepada Tuhanmu dengan reda dan diredai, maka masuklah ke dalam surga Ku.

Ertinya datangnya daripada laut (Dzat Allah), pulang pun kepada laut (Dzat Allah) jua.

Seperti kata-kata:

Syurga orang zahid (peribadah) bidadari dan mahligai,

Syurga orang berahi (kekasih) kepada perbendaharaan yang tersembunyi (Dzat Allah).







Bahagian ketigabelas: Al-Muntahi(13)

26. Di situlah tempat tinggal orang yang berahi kepada Allah, berahikan surga pun tidak, dengan neraka pun dia tidak takut, kerana pada orang berahi yang wasal jannah (sampai surga), itulah yang dikatakan dalam firman Allah QS Al Fajr 89:29,30: Masuklah kamu dalam golongan hambaKu, dan masuklah kamu ke dalam surgaKu.

Pulang ia kepada tempat perbandaharaan yang tersembunyi (Dzat Allah).

Seperti kata ahli makrifatullah: Barang siapa mengenal Allah maka ia itu musyrik (kenapa musyrik? Kerana ada dualiti).

Dan lagi kata ahli Allah: Yang fakir itu hitam (tiada) mukanya pada kedua negeri (Zahir dan batin, yang ada hanya wajah Allah)

Dan Lagi: Aku telah karamlah pada laut yang tidak bersisi (Dzat Allah),

Maka lenyaplah aku di dalamnya,

Daripada ada dan tiada pun aku tiadalah tahu.



Kata syair: Kembalilah aku daripada menuntut dan yang dituntut.

Dan berhimpunlah aku antara yang memberi kurnia dan yang dikurniai,

Dan kembalilah daripada aku bagi adaMu.

Tiada engkau di dalamnya dan tiada aku.

Kata Syeikh Attar pula: Daripadanya kembalilah, setengah daripadanya melihat temasya tepuk dan tari,

Nyawa pun diberi selesailah ia daripada tuntut.

Lagi kata: Kertas pun dibakar dan pensel pun dipatahkan dan dakwat pun ditumpahkan dan nafas pun ditarik.

Inilah kisah ragam orang berahi bahawa dalam daftar tidak lulus (tidak dapat dikisahkan).

Lagi kata: Tuntut pun seteru dan kehendak pun sia-sia, dan wujud pun jadi dinding (hijab) tidak dapat diperolehi menghendaki damping dan cita, yang hadir segala nafs pun menjauhkan (menghijab).



27. Inilah kesudahan sekelian, inilah yang dikatakan Fana, inilah yang dikatakan alam Lahut, pun dapat dan dikatakan wasal (sampai), dikatakan mabuk (berahi Allah) pun dapat.

Inilah kata Shah Ali Barizi: Kepada pintu negeri yang Fana (yang tinggal hanya Allah) sujudlah aku.Ku bukakan kepalaku, maka pertunjukanlah mukaMu kepadaku.

Kata orang Pasai: Jika tidak tertutup maka tidak bertemu (Dzat Allah). Erti pada itu tidak lulus iaitu, menjadi seperti dahulu kala seperti di alam Lahut, tatkala dalam perbendaharaan tersembunyi, serta dengan TuhanNya.

Seperti biji benih dalam pohon kayu, sungguhpun zahirnya tidak kelihatan, hakikatnya Esa jua. Sebab itulah Mansur Al Halaj menyatakan: Ana al Hak (Akulah Hak), manakala setengah sufi yang lain menyatakan: Anallah (Aku Allah), kerana adanya (dirinya) tidaklah dilihatnya lagi (telah Fana, yang tinggal hanya Allah).



Bahagian keempatbelas:Al Muntahi (14)

28. Inilah ertinya: Yang fakir itu tiada suatu pun baginya. Maka firman Allah dalam Hadis Qudsi:

Tidur fakir itu tidurKu,

Makan fakir itu makanKu,

Dan minum fakir itu minumKu.



Dan lagi firman Allah: Manusia itu adalah RahsiaKu dan Aku Rahsianya dan Sifatnya.

Berkata pula Uways Al Qarani: Yang fakir itu hidup dengan hidup Allah, dan sukanya dengan Kesukaan Allah.

Seperti kata Mashaikh: Barangsiapa yang mengenal Allah maka ia akan menyengutukannya, dan barangsiapa mengenal dirinya maka ia itu kafir.

Seperti kata Syeikh Muhyil Din Ibnu Arabi:

Yang makrifat itu dinding bagiNya,

Bermula jikalau tiada wujud kedua (alam) nescaya nyatalah AdaNya.



29. Kerana belajar dan makrifat, rindu dan merindu, sekeliannya itu, pada iktibarnya adalah sifat hamba juga, jikalau sekelian itu tiadalah padanya, maka lenyaplah ia. Kerana dzatnya dan sifatnya nisbat kepada Allah SWT jua, jikalau barangkala tiada ia, maka sifat hamba, seperti sifat ombak, pulang ke laut (Dzat).

Inilah makna Firman Allah QS Fajr 89:28: Pulang kepada Tuhannya dengan reda dan diredai. Dan makna QS Al Baqarah 2:156: Daripada Allah kami datang dan kepada Allah kami kembali.

Dan Firman Allah: QS Al Qashash 28:88: Tiap-tiap sesuatu binasa kecuali wajah Allah. Dan juga Firman Allah QS Ar Rahman 55:26,27: Segala sesuatu akan fana, dan yang kekal Dzat Tuhanmu yang empunya Kebesaran dan Kemuliaan.

Bahagian kelimabelas: Al Muntahi (Bhg. 15 – Selesai)

30. Jikalau masih ada lagi citanya, rasanya dan lazatnya itu bermakna sifatnya dua jua, seperti musyahadah pun dua lagi hukumnya. Dan jika lagi syuhud pun masih ada dua kehendaknya:

Seperti rasa, yang dirasa dan merasa pun hendaknya, seperti mencinta dan di cinta hendaknya, masih dua belum lagi esa.

Sekelian sifat itu pada iktibarnya dua juga, seperti ombak pada ombaknya laut pada lautnya,, belum mana (kembali ke) laut.

Apabila ombak dan laut sudah menjadi satu, muqabalah pun tidaklah, musyahadah pun tidaklah, makanya hanya fana dengan fana jua. Tetapi jika dengan fananya itupun, jika diketahuinya, maka belum bertemu dengan fana, kerana ia lagi ingat akan fananya. Itu masih lagi dua sifatnya.

31. Seperti kata Syeikh Attar:

Jalan orang berahi (kepada Allah) yang wasil (sampai) kepada kekasihnya itu,

Akan orang itu satupun tidaklah dilihatnya,

Segala orang yang melihat dia itu, dan alam itu pun tiadalah dilihatnya.

Lagi kata Syeikh Attar:

Jangan ada semata-mata, inilah jalan kamil,

Jangan bermuka dua, inilah sebenarnya wasil.

Kerana erti wasil bukan dua (tetapi esa). Yakni barangkala syak dan yakin tidaklah ada padanya, maka wasillah.

Namanya ilmu yakin, mengetahui dengan yakin, ainul yakin iaitu melihat dengan yakin, dan haqqul yakin iaitu sebenar yakin,,.. yakin adanya dengan ada Tuhannya esa jua.Maksudnya apabila sempurna fakirnya (fana) maka ia itu Allah, (hati-hati mesti dapat maksud yang sebenar, jika tidak syirik dan kufur jua adanya).Selesai,…



(Karangan Al Fakir Hamzah Fansuri.Sufi Terkenal dari Indonesia – Semoga Allah memberikan Rahmat ke atas runya,

mari kita bersedekah Al Fatihah untuknya.)



AKU mengenal AKU

AKU


Segala puji bagi Allah, Tuahn sekalian alam, yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, Yang Maha bijaksana, Yang Maha Memiliki Ilmu Ghaib dan Yang Nyata, tidak ada Tuhan melainkan Dia, Yang Maha Esa tiada sekutu bagi Nya, Dialah yang awal dan yang akhir, yang Batin dan yang Zahir yang meliputi Segala sesuatu. Maha Suci Allah yang mengilhamkan ilmu kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Tiada daya dan upaya melainkan dengan izinNya.

Selawat dan salam untuk cahaya bagi segala cahaya, rahsia bagi segala rahsia, pembuka pintu ilmu Ketuhanan, pelita hati,dan penawar sanubari iaitu junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan limpahkan juga rahmat kepada kaum keluarganya dan para sahabat sekelian.

Dengan taufik dan hidayah Allah jua dapatlah penulis menghuraikan dalam risalah ringkas ini sedikit penjelasan berkenaan perkara AKU menurut pandangan Falsafah Kesufian atau Falsafah Tasawuf untuk dijadikan bahan kajian, renungan dan kritikan para pembaca sekalian.

Aku yang dimaksudkan disini ialah diri iaitu diri kita sebagai manusia. Pandangan ini dari sudut Falsafah Kesufian (Philosophy of Sufism). Sekiranya betul pendapat ini maka itu dari Allah dan sekiranya tidak betul maka itu dari nafsu penulis sendiri. Jadi dengan itu, mana yang betul jadikan kajian dan mana yang salah diketepikan.

Paling baik lagi jika pembaca sekalian merujuk penjelasan dalam risalah ini kepada Ahli Ilmu ataupun dipanggil yang Mursyid iaitu mereka yang masak ilmunya dalam bidang Falsafah Kesufian agar dengan itu pembaca tidak teraba-raba akan maksud yang disampaikan dalam risalah ringkas ini.

Akhir kalam, penulis memohon keampunan Ilahi jika ada tersalah silap dalam risalah ini dan bersyukur kepadaNya jika tulisan ini betul dan benar. Kepada Allah aku kembalikan semua urusan.

PENDAHULUAN

Kita selalu merujuk diri kita seagai AKU. Kita berkata, “Ini Aku” , “Ini Aku punya”, “Ini badan Aku”, “Nama Aku si-anu”, dan “Nama bapa Aku si-anu”, dan sebagai nya.

Pernahkah kita terfikir siapakah AKU kita itu? Apakah AKU kita itu? Siapa sebenarnya AKU itu?

Maka disini penulis cuba untuk menghuraikan brkenaan AKU ini menurut pendapat dan pandangan Falsafah Kesufian (Philosophy of Sufism).

Buku atau risalah ini mengandungi penjelasan berkenaan AKU. Dari penerangan atau penjelasan ini pembaca akan dapat sedikit sebanyak maklumat tentang apa dan siapa sebenarnya AKU kita itu.

Selamat membaca dan memahaminya.

Penjelasan yang pertama.

Pernahkah anda terfikir siapakah AKU itu?

Pernahkah anda terbayang apakah AKU kita itu?

Sebenarnya AKU kita ini adalah ROH kita, bukan badan kasar ini. Badan kasar ini akan mati sekiranya tiada ROH. Sekiranya tiada ROH, badan kita akan hancur binasa.

ROH kita inilah diri kita yang sebenarnya,.ROH ini hidup dan tidak akan mati. ROH inilah juga zat diri kita.

ROH ini juga limpahan Yang Maha Hidup iaitu Allah SWT. Allah itu hidup. Dia mempunyai sifat hidup. Maka hidup(ROH) kita adalah limpahan dari hidup Allah itu.

ROH ini juga digelar “bayangan” Yang Maha Hidup itu. ROH itu bayang kepada Yang Empunya Bayang. Yang Empunya Bayang itu ialah Allah, dan ROH kita itu adalah “bayangan” Allah itu. Demikian pendapat-pendapat ahli-ahli Sufi.

Allah itu tidak kelihatan, Maha Ghaib dan tidak ada satupun yang seumpama denganNya. Bagaimana kita dapat tahu adanya sesuatu yang tidak kelihatan dan tidak terperikan. Ibarat angin, kita tidak nampak angin, tetapi bagaimana kita tahu angin sedang bertiup dan angin itu ada? Jawabnya, kita tahu adanya angin itu kerana ada kesannya. Bila daun pokok bergoyang, kita tahu angin sedang bertiup. Kalau kita rasa hembusan, maka itu adalah hembusan angin, sebagainya. Goyangan daun dan rasa hembusan itu adalah tanda-tanda adanya angin. Kita tidak nampak angina tetapi kita tahu adanya angina melalui tanda-tandanya.

Demikian jugalah keadaannya dengan Allah SWT. Kita tidak nampak DIa, tetapi kita rasa dan percaya adaNya melalui tanda-tandaNya. Tanda-tanda Allah itu ialah alam semesta raya ini. Tanda-tanda ini dalam bahasa Arab ialah “ayat”.

Oleh itu, alam semesta raya dan diri kita ini adalah ayat-ayat Allah belaka.

ROH sangat tinggi martabatnya, melebihi peringkat malaikat. Tempatnya disisi Allah yang Maha Tinggi. ROH inilah yang mengenang Allah (zikrullah) seolah-olah kerjanya mengenang Allah sahaja. Seolah-olah makan minumnya “zikrullah” sahaja.

ROH yang suci ini sentiasa mentauhidkan Allah Yang Maha Suci. Najis padanya iailah menyekutukan Allah. ROH ini sangat cinta kepada Allah SWT. Ia memuja dan memuji Allah sentiasa. Allah itu kekasihnya. Cukuplah Allah itu baginya.

Demikian perhubungan Allah dengan ROH, menurut pandangan ahli-ahli Sufi.







Penjelasan yang kedua

Tahukah anda bahawa AKU anda itu adalah ROH yang datang dari Allah, hidup dengan Allah, dan kembali kepada Allah. Allah itulah pengkalan tempat bertolak, lautan yang dilayari dan pelabuhan tempat berhenti.

Jika dikaji dalam-dalam anda akan sedar dalam pandangan kerohanian bahawa Allah itu adalah tempat permulaan perjalanan kita. Dialah tempat perjalanan itu sendiri, dan Allah itu jugalah destinasi akhir perjalanan hidup ini.

Tempat bertolak, perjalanan dan destinasi yang dimaksudkan disini bukanlah dari segi pandangan fizikal yang tertakluk kepada ruang dan waktu. Tempat perjalanan dan destinasi yang dimaksudkan di sini iailah dari segi pandangan rohaniah, perasaan dan khayali(thought) kita.

AKU atau ROH kita adalah tanda-tanda atau ayat-ayat Allah. ROH itu juga bayanganNya dan penzahiranNya. Dari segi pandangan kerohanian, Allah itulah Yang Awal, Yang Akhir, Yang Batin dan Yang Zahir.

Penjelasan yang ketiga

AKU yang paling dalam itu bersifat kerohanian. Jika AKU itu dibersihkan pandangannya melalui zikrullah dan latihan kerohanian orang-orang Sufi, maka AKU itu akan mencapai satu tahap pandangan dimana ia rasa wujud ini adalah Esa juga. Menurut pandangan ini, wujud itu ada bertingkat-tingkat, bertahap-tahap, dan pelbagai aspek, namun ia tetap satu. Segala yang ada kelihatan, baik yang zahir mahupun yang batin, semuanya satu wujud sahaja, pada hakikatnya. Inilah pandangan AKU yang paling dalam.

Penjelasan yang keempat

Sekali lagi diulangi bahawa AKU anda itu adalah ROH anda dan itulah juga diri anda sebenarnya.

AKU itu juga adalah ayatollah (tanda-tanda Allah) kerana seluruh alam raya, yang ghaib dan yang nyata, adalah tanda-tanda wujudnya Allah SWT.

AKU itu juga digelar ROHULLAH (ROH ALLAH) kerana ROH itu adalah hembusan dari ROH ALLAH atau limpahan dari ROH ALLAH.

AKU itu juga digelar Nurullah ( cahaya ALLAH) kerana setiap roh itu adalah cahaya. Digelar cahaya kerana setiap yang menampakkan sesuatu digelar cahaya . Nabi-Nabi itu cahaya Allah kerana melalui Nabi-Nabi itu kita dapat mengenal Allah melalui ajaran dan didikan mereka. ROH itu cahaya kerana melalui ROH itu kita kenal dan ‘nampak’ Allah.

AKU itu juga digelar Ma’lum dalam ilmuNya. Ma’lum ertinya ‘yang diketahui’. Allah itu ‘alim ( yang mengetahui). Setiap yang mengetahui tentu berpengetahuan (berilmu). Allah itu berilmu, sebab itulah ia ‘alim. Setiap yang ‘alim tentu ada ilmu dan ada perkara yang diketahuinya. Perkara yang diketahui itu digelar Ma’lum (yang diketahui). Allah itu ada ilmu dan dalam ilmuNya ada Ma’lum. ROH kita ini termasuk dalam ilmu Allah. Maka ROH kita itu Ma’lum Allah. Maka itulah dikatakan ROH itu Ma’lum dalam ilmu Allah.

Penjelasan yang kelima

AKU atau ROH itulah yang dapat mengenal Allah SWT bukan badan kasar ini yang mengenalNya. Melalui ROH itu kita mengenal Allah. Wadah atau bekas tempat Allah mentajallikan (menzahirkan) dirinya kepada kita ialah ROH kita. ROH itu digelar juga hati. Bukan hati fizikal itu tetapi hati yang bersifat kerohanian. ROH itu memiliki kesadaran (consciousness). Kesedaran tentang wuudnya Allah dan sifat-sifatNya yang terzahir dalam alam semesta raya ini. Yang melihat penzahiran atau tajalli itu ialah ROH kita.

Penjelasan yang keenam

AKU ini memang hampir dengan Allah. AKU dan Allah tidak bercerai-berai dari dulu, sekarang dan selamanya. Ibarat ombak tidak bercerai dengan laut. Dari sudut manapun Wujud Semesta Raya itu tetap mengelilingi AKU. Ia meliputi AKU dari kiri, kanan, atas, bawah, depan, belakang, luar, dalam bahkan dari mana sahaja. “ Hampir” dan “Mengelilingi” itu bukanlah dari segi ruang dan waktu yang boleh diukur dengan panjang, lebar, dalam, atau dari segi masa dan waktu. Hampir dan mengelilingi itu adalah dari segi pandangan rohaniah atau kerohanian. Hanya orang yang berada dalam pengalaman rohaniah sahaja yang faham akan maksudnya.

Wujud semesta itu “meliputi”, “merangkumi”, “berpadu”, dan “bersatu” dengan AKU. AKU terserap dalam Wujud Semesta ini.

Penjelasan yang ketujuh

Dari segi aku atau ROH atau diri, wujud AKU “bersatu” dan “berpadu” dengan Wujud Yang Esa dan Semesta itu. Kelihatan pada AKU bahawa Allah itu batin dan AKU itu zahirnya. Allah itu hakikat dan AKU itu bayanganNya. Dia asal dan AKU terbitanNya. Dia elektrik dan AKU lampu. Dia dalang dan AKU boneka. Gerak AKU digerakkan olehNya.

Ini adalah pandangan kerohanian yang paling dalam.

Penjelasan yang kelapan

Memang AKU itu ada(wujud). Wujudnya dengan limpahan Wujud Yang Maha Agung (iaitu Allah). Hidup AKU limpahan hidupNya. AKU berdaya limpahan dayaNya. Berkuasanya dan berupayanya AKU adalah limpahan kuasa dan upayaNya. Aku berkehendak dan Diapun berkehendak. Kehendak AKU tertakluk kepada kehendakNya.

“Limpahan” disini bererti kurniaan atau terbitan atau penzahiran atau keluaran ataupun kesan.Yang Maha Wujud itu Allah. AKU dan alam semesta raya adalah limpahan nama-nama dan sifat-sifat Yang Maha Wujud itu. Setiap nama dan sifat Allah terzahir pada AKU dan alam semesta raya ini.

Itulah pandangan AKU yang bersifat kerohanian.

Penjelasan yang kesembilan

AKU ini ada sifatnya iaitu hayat atau hidup, ilmu atau pengetahuan, pendengaran, penglihatan, kudrat atau kuasa, iradat atau berkehendak, dan berkata-kata. Semua sifat-sifat ini adalah limpahan dari sifat-sifat Allah belaka.

AKU yang hakiki itu tiada bercerai dan tiada terpisah dengan sifat-sifat Allah dan Allah itu sendiri. Wujud AKU itu sebenarnya diserapi oleh Wujud Semesta Raya itu. Iilah pandangan AKU yang bersifat rohaniah.

Penjelasan yang kesepuluh

AKU yang bersifat rohaniah semata-mata itu terasa cukup baginya Allah sahaja. Allah itulah segala-galanya bagi AKU. Kepada Allah itulah AKU itu mengadu dan berharap. Pandangannya tertumpu pada Allah. Tenggelamlah AKU itu dalam lautan Ketuhanan Allah Yang Maha Luas dan Dalam.

Dalam keadaan perasaan menyerap dalam Lautan Ketuhanan Yang Maha Luas dan Dalam itu, AKU tidak berasa takut, tidak berasa dengki, tidak berasa kecil hati sesama makhluk.

Pada pandangan AKU itu, makhluk itu hakikatnya tiada apa-apa. Wujud makhluk bukan hakiki, hanya bayangan sahaja iaitu bayangan wujudnya Allah. Hanya Allah jua yang wujud. Demikian pandangan AKU.

Penjelasan yang ke-11

Sungguhpun AKU itu berpandangan seperti yang tersebut dalam enjelasan-penjelasan yang terdahulu itu, namun AKU tidak akan menjadi DIA (iaitu Allah). AKU tetap AKU, DIA tetap DIA. Tetapi AKU dan DIa “bersatu” dan “berpadu” seolah-olah menjadi SATU. Ibarat bersatunya ombak dengan lautan, bersaatunya air dengan ais.

Pandangan ini bukan pandangan dari segi fizikal, akal dan berangan-angan, tetapi adalah pandangan ROH iaitu ROH yang dibersihkan dengan Zikrullah dan latihan jiwa dalam jangka waktu yang lama, dengan bimbingan guru sufi yang pakar dalam bidang Kerohanian dan Ketuhanan.

Penjelasan yang ke-12

Setelah mencapai tahap pandangan ROH yang tinggi itu, maka kemana sahaja ROH itu menghadap di sana terzahir wajah Allah seolah-olah Ia berada dimana-mana jua.

Berkatalah mereka yang mengalami pandangan demikian:

Maha hampir tidak terkira

Bersatu bersama sehati sejiwa

Maha jauh namun hampir jua

Gerakku gerak Dia

Diamku diam Dia

Tindak-tandukku tindak-tanduk Dia

Berkata mereka lagi:

Hidupku pancaran hidupNya

Diriku bayangan diriNya

Sifatku gambaran sifatNya

Semua kata-kata mereka itu hanya ibarat, perumpamaan untuk menjelaskan perasaan dan pandangan ROH mereka. Antara lain kata mereka:

Kalau Dia matahari akulah cahayaNya

Kalau Dia lautan akulah ombakNya

Kalau Dia masin akulah garamNya

Kalau dia manis akulah gulaNya

Aku seorang berdua denganNya

Tapi aku berpadu denganNya

Maha dekat disamping maha jauhNya

Oh! Alangkah hebat wujudNya

Wujudku tenggelam dalam wujudNya

Fana dan Baqa dalam adaNya.

Demikian pandangan orang-orang Kesufian yang telah mencapai peringkat serasa seolah-olah berserta dengan Wujud Yang Maha Esa itu. Mereka mencapai tahap demikian kerana mereka menumpukan seluruh pandangannya terhadap Yang Maha Wujud itu dan penuh cinta denganNya.

Orang yang tidak pernah menjalani latihan rohaniah dan tidak tahu hal-hal kerohanian yang mendalam dan tidak pernah menempuh jalan kerohanian, mereka jangan cuba-cuba mentafsirkan sendiri pendapat mereka itu takut nanti tersesat pula.

Penjelasan yang ke-13

AKU datang dari Allah. AKU adalah ma’lum(yang diketahui) dalam ilmu(pengetahuan) Allah. Kemudian AKU berada di alam ROH. Bila sampai masanya hendak lahir ke dunia ia dihembuskan ke bakal bayi dalam rahim ibu. Cukup masanya dalam rahim ibu itu, ia pun lahir ke dunia bersama adan fizikal yang berbentuk bayi.

AKU akan berada di dalam alam dunia sampai ajalnya sampai. Kemudian ia masuk pula ke alam Barzakh. Setelah berada sekian lama, maka ia akan dipertimbangkan di Hari Pengadilan. AKU akan masuk syurga atau neraka. Mudah-mudahan janganlah masuk neraka hendaknya. Maka AKU kembali ke hadrat Allah SWT. Dari Allah AKU dating kepada Allah AKU kembali. Di sana kekallah hidup bersama dengan Yang Maha Hidup (iaitu Allah) selama-lamanya. Itulah perjalanan AKU. Mengembara dari satu alam ke satu alam.

Penjelasan yang ke-14

AKU itu sebenarnya bebas merdeka. Ia hanya bergantung kepada Yang Maha AKU(iaitu Allah). Ia tidak memiliki apa-apa. Ia hanya menerima limpahan wujud dari Yang Maha Wujud.

AKU tidak patut dipuji kerana ia “kosong”. Yang Maha Wujud Hakiki hanya Allah. AKU tidak memuji Ghairullah (selain Allah) kerana Ghairullah itupun kosong juga. Yang patut dipuja dan dipuji hanya yang Wujud Hakiki itu sahaja.

AKU hanya satu sinaran dari Matahari Ketuhanan. AKU hanya satu ombak dari lautan Ar-Rahman(iaitu Allah). AKU hanya satu ayat dalam karangan Al-Haq(yang benar) iaitu Allah. AKU hanya sebutir pasir dalam padang pasir Wujud Yang Maha Meliputi dan Maha Luas. AKU hanya satu bayangan dari bayangan Dia Yang Maha Ada. Itulah AKU yang tidak terpisah dengan Tuhanku.

Penjelasan yang ke-15

AKU miskin papa, lemah, tidak berdaya dan tidak punya apa-apa. Yang Kaya Raya, Yang Gagah Perkasa, Yang Kuat dan Berdaya dan memiliki segala-galanya iailah Yang Maha Kaya dan Maha Kuat itu juga. Itulah Allah SWT.

Hidup AKU kembali ke hidupNya. Gerak AKU kembali kepada gerakNya. Diam AKU kembali ke diamNya. Sifat AKU kembali ke sifatNya. Nama AKU kembali ke namaNya. Amalan AKU kembali ke amalanNya. Wujud AKU kembali ke wujudNya.

Memang benar, AKU itu akan kembali kepadaNya, laksana cahaya kembali ke matahari, seperti ombak kembali ke laut. Tempat kembali itulah tempat AKU sebenar.

Penjelasan yang ke-16

Sebagaimana tersebut dahulu, AKU itu adalah ROH. Itulah diri. ROH ini tidak tertakluk kepada ruang dan waktu. Ia bukan tua dan bukan muda. Tua dan muda itu hanya bagi jasmani dan keadaan dunia ini sahaja. Semua ROH adalah sebaya sahaja. Nabi Adam AS sebaya dengan Nabi Muhammad SAW. Kita sebaya dengan moyang kita. Begitulah sebagainya. Tiada tua dan muda bagi ROH. ROH tercita serentak sekaligus sahaja.

Kemudian ROH itu dilahirkan ke dunia melalui rahim ibu dengan badan kita sebagai sangkar atau sarungnya. Ia dilahirkan ke dunia menurut masa yang telah ditentukan. Siapa yang ditakdirkan lahir dahulu dialah yang tua dan siapa yang lahir kemudian dialah yang muda.

Dari segi rohaniah atau kebadanan ada tua dan ada yang muda, tetapi dari segi ROH sebaya sahaja.

AKU juga tidak tertakluk kepada tempat. AKU bukan Barat dan bukan juga Timur. Bukan juga dari Utara dan bukan juga dari Selatan. AKU tidak tertakluk kepada arah dan tempat.

AKU juga bukan tertakluk kepada bangsa. AKU atau ROH bukan berbangsa itu dan bukan berbangsa ini. Bangsa-bangsa itu hanya wujud dalam dunia nyata ini. Di alam AKU tidak ada bangsa-bangsa.

AKU adalah ma’lum dalam ilmu Allah, wujud dalam wujud-NYA. AKU adalah penzahiran sifatNya. Demikian AKU tenggelam dalam Yang Maha Aku (iaitu Allah SWT).



Penjelasan yang ke-17

AKU tidak terkotorkan oleh kencing dan tahi. Tidak ada najis fizikal yang dapat mengotorkannya. Ibarat cahaya matahari, cahaya itu menyinari najis dan benda-benda kotor, namun cahaya itu tidak akan kotor. Ia menyinari tempat wangi dan tempat busuk, tetapi cahaya tidak akan wangi dan busuk, kotor atau bersih.

Najis pada AKU itu ialah syirik, menyekutukan Allah, mengatakan Allah lebih dari satu. Itulah najis bagi AKU. AKU yang bertauhid adalah ROh yang suci. ROH itu pada hakikatnya sentiasa percaya dengan adanya Allahdan mengesakanNya. Hanya setelah sampai kea lam duni barulah ROH itu tercemar oleh pengaruh keduniaan, pengaruh iblis dan syaitan, pengaruh kebendaan, pengaruh nafsu serakah dan sebagainya.

Kita perlu membersihkan jiwa atau AKU kita kembali sebagaimana aslinya dengan zikrullah (mengingat Allah) dengan lisan, hati dan perbuatan. Zikrullah itu ibarat air mutlak yang membasuh dan menyucikan najis syirik dari AKU itu. Bersihkanlah AKU itu hingga fana’ (terasa diri kosong, tiada apa-apa) dan kemudian mencapai setingkat lagi ke peringkat ‘baqa’ (terasa diri sentiasa bersama Allah). Terasa Allah ada dimana sahaja kita berada.

AKU yang bersih atau diri yang suci adalah diri yang mengesakan Allah hingga tidak terasa adanya diri. Yang ada hanya DIRI YANG BERDIRI SENDIRINYA iaitu Allah SWT.

Penjelasan yang ke-18

AKU yang hakiki itu tidak tertakluk kepada warna kulit dan bangsa. AKU itu bukan putih, hitam manis, kuning dan sebagainya. Sebagaimana adanya warna pada badan. AKU tidak ada warna dan tidak berbangsa-bangsa seperti bangsa Cina, India, Melayu, Arab dan sebagainya.

Badan kita berasal dari unsur-unsur tanah, air, api, dan udara tetapi ROH kita bukan dari unsur-unsur dunia nyata ini. AKU ghaib dari pandangan mata kasar namun ia tetap wujud.

AKU berasal dari tempat yang paling mulia. AKU berasal dari Yang Maha AKU (iaitu Allah). AKU berasal dari ilmu Allah masuk ke alam jasad ini dan kemudian kembali kepadaNya. Jadilah ROH itu sebagai Nur Allah sahaja. Ia pun kembali ke tempat asalnya iaitu ke hadrat Allah SWT.

Penjelasan yang ke-19

AKU ini pada hakikatnya adalah boneka yang dilakonkan oleh Dalang (iaitu Allah). AKU ini dari satu ibarat lagi iailah keris yang dihunus oleh pendekar. AKU tidak berdaya upaya, gerak dan diam AKU adalah digerakkan dan didiamkan oleh Allah. Adanya AKU adalah limpahan dari adanya Allah.

Allah itu hakiki. AKU itu majazi atau relative sahaja. Kalau difaham dan diselidiki secara mendalam, akan terasa bahawa yang ghaib dan yang zahir dan yang awal dan yang akhir adalah Allah sahaja.

Pendeknya pada pandangan orang yang sangat hampir dengan Allah, alam dan dirinya lenyap sama sekali dan tinggallah Allah semata-mata. Ini dipandang oleh ROH yang bersih dan suci dan mentauhidkan diri kepada allah semata-mata.

Penjelasan yang ke-20

AKU yang hakiki itu adalah nurullah (cahaya Allah) kerana dengan ROH, Allah kelihatan. Sesuatu yang menampakkan sesuatu yang lain adalah cahaya. Tanpa cahaya gelap gelitalah segala-galanya.

AKU juga ayatollah (tanda-tanda Allah) kerana ROH itu tanda-tandanya adanya Allah.

AKU juga digelar Rohullah kerana ROH itu adalah hembusan dari Roh Allah. Itulah AKU yang hakiki.

AKU dan alam semesta adalah penzahiran atau tajlli Allah. AKU ini adalah alam ke kecil kerana semua perkara yang ada dalam alam besar ini ada salinannya atau penzahirannya dalam alam kecil.

Alam semesta ini juga digelar Insan Kabir(manusia besar) kerana semua yang ada dalam alam kecil ini ada kenyataannya dalam alam besar.

Insan Saghir(manusia kecil) ini adalah diri(ROH) manusia itu dan Insan Kabir itu adalah alam semesta raya yang ghaib dan yang nyata. Alam kecil adalah Insan Saghir iaitu Manusia dan Alam Besar adalah Insan Besar iaitu Alam Semesta Raya.

Demikian pendapat Falsafah Kesufian (Philosophy of Sufism).

Penjelasan yang ke-21

Dalam alam dunia ini kita katakana si anu itu orang Bandar dan si anu itu orang kampong ataupun si anu itu berada di pejabat atau berada di rumah. Semua itu menunjukkan tempat dalam alam nyata ini. Tetapi bagi ROH itu semua tidak ada. Ia bebas dari tempat atau arah atau masa atau waktu.

ROH itu hidup. Ia tidak tertakluk kepada alam nyata atau alam kebendaan. ROH itu hidup dengan limpahan Yang Maha Hidup. Demikianlah AKU.

Penjelasan yang ke-22

AKU memang berserta dengan Allah, sejak dari dahulu hingga akan dating atau sejak awal hingga akhir. Tidak pernah bercerai dan berpisah dengan Yang Maha Aku(iaitu Allah). Sejak dari dalam ilmu Allah hingga sampai ke alam akhirat yang tidak ada hujungnya, AKU tetap bersama Allah.

AKU tidak keluar dan tidak masuk dalam lengkongan Allah. AKU itu memang berada dalam lengkongan Allah sahaja. Kalau Allah itu diibaratkan sebagai lautan, maka AKU itu ikannya. Ikan itu sentiasa dalam lautan dan tidak akan hidup tanpa air lautan itu.

‘Masuk’ dan ‘Keluar’, ‘berpisah’ dan ‘bersatu’, tidak termasuk dalam kamus AKU. AKU bukan seperti badan kasar yang tertakluk kepada ruang dan zaman.

AKU menyerahkan dirinya dan nasibnya kepada Yang Maha AKU. Cukuplah Dia mengawal dan memelihara AKU. AKU tidak perlu pada yang lain lagi. Tidak perlu pertolongan dari ghairullah(selain Allah), bahkan tidak ada ghairullah pada pandangannya. Cukup Allah bagi AKU.

Penjelasan yang ke-23

AKU bodoh. Dialah yang mencerdikkan AKU. AKU lemah Dialah yang menguatkan AKU. AKU tidak tahu, Dialah yang memberiku tahu. AKU papa kedanan, Dialah yang memperkayakan AKU.

AKU bertanya, memohon, berharap kepadaNya sahaja. Seolah-olah AKU dan DIA berpadu dan bersatu dimana dan bila sahaja. Dan DIA ada dalam kesadaran (consciousness) AKU.

Renunglah ke dalam AKU. Dia berada dalam kesadaran AKU. Maha Halus dan Maha Seni. AKU terdengar bisikanNya. Dalam waktu sunyi sepi, paling baik mendengar bisikan hati nurani. Tanpa huruf, tanpa suara, tetapi AKU faham segala-galanya.

AKU kenal Dia dalam kesadaran batinku kerana AKU berhubung dengan Dia tanpa menyekutukanNya. Inilah satu hasil zikrullah.

Penjelasan yang ke-24

AKU wujud dalam lautan Yang Maha Wujud. AKU sentiasa berada dalam lautan itu. Dalam lautan itulah AKU bermastautin. Itulah lautan wujud.

Penjelasan yang ke-25

AKU memang ada kesadaran, limpahan Yang Maha Sedar(iaitu Allah SWT). Kesadaran AKU meliputi alam nyata dan alam ghaib, alam dunia dan alam akhirat. AKU sedar semua itu. Semua perkara itu ada ilmuku. Allah ada dalam kesadaran AKU. Begitu juga makhluk ada dalam kesadaran AKU. Segala yang ada dalam kesadaran AKU itulah ilmu AKU. Syurga, neraka, malaikat dan iblis ada dalam kesadaran AKU. Semua yang ada dalam ilmu atau kesadaran AKU itu adalah penzahiran Allah dalam kesadaran dan ilmu AKU.

Penjelasan yang ke-26

AKU sentiasa cinta kepada DIA (Allah). Tidak mahu berpisah dan berjauhan dengan DIA. AKU sentiasa ingatkan DIA. Terasa azab jika tidak mengingatiNya. Puja dan puji hanya untuk DIA belaka. Perasaan cinta ini tidak akan ada pada AKU jika tidak dengan anugerahNya juga. Alangkah kerdilnya AKU berada dalam majlis DIA.





Penjelasan yang ke-27

Dari pandangan ROH atau AKU yang hakiki, AKU tidak memiliki apa-apa tetapi ia dimiliki oleh Yang Maha Kaya (iaitu Allah).

AKU diperbadankan untuk menjalani hidup di dunia fana ini. AKU juga diberi nafsu. Kalau AKU ditakluki oleh badan dan nafsu, maka binasalah AKU itu, tetapi jika AKU yang menkluki badan dan nafsu, maka selamatlah AKU itu.

AKU membawa kita menuju Allah dan menyedari hakikat dirinya dan Tuhannya. Nafsu serakah membawa kita jauh dari Allah dan lupa akan hakikat diri kita. Lantaran itu hanyutlah ia dalam larutan kelupaan dan kesesatan dan akhirnya ia akan menyesal setelah ia meninggalkan badannya. Setelah ROH berpisah dari badan, maka sedarlah AKU itu kembali akan keadaan dirinya yang sebenar.

Penjelasan yang ke-28

Badan kita ini amat kerdil, ibarat sebutir pasir di padang sahara, setitik air di lautan luas, sebiji bintang di cekrawala, melukut di tepi gantang, masuk tidak bertambah dan keluar tidak mengurang. Betapa kecil dan kerdilnya badan kita. Itulah wajah zahir AKU.

Tetapi kalau kita renung ke wajah batin kita, dia paling mulia, paling tinggi martabatnya, mengatasi segala makhluk dan malaikat. AKU itu suci dan wangi, sangat hampir dengan Ilahi. Dialah cahaya Allah, Dialah ayat-ayat Allah, Dialah ROH Allah, Dialah bayangan dan penzahiran Allah.

AKU yang hakiki itu sangat mulia, tiada tertanding oleh sekalian makhluk. Dia bertasbih setiap ketika, memandang Allah dengan kasihnya, rindu dendam tiada terkira. Itulah AKU yang sebenarnya.

Penjelasan yang ke-29

Berbagai-bagai cara orang hendak mengenal dirinya atau AKUnya. Ada yang melalui meditasi, pertapaan, mengosongkan fikiran, latihan jiwa yang menyiksakan badan dan sebagainya. Tetapi bagi oaring-orang Sufi ialah dengan Zikrullah yang diajar oleh guru-guru Sufi yang pakar. Dengan berzikir dan melalui bimbingan Syeikh Mursyid sampailah seseorang itu pada tahap mengenal dirinya atau AKUnya.

Orang-orang Sufi ada menjelaskan bahawa “Barangsiapa yang mengenal dirinya, maka akan kenallah ia akan Tuhannya”. Ini bukan bermakna DIA jadi Tuhan. Apabila seseorang itu kenal gambar, maka kenallah ia akan orang yang digambarkan. Apabila seseorang kenal akan baying dalam cermin, maka kenallah ia orang yang punya baying. Fahamkanlah!







Penjelasan yang ke-30

Orang yang memasuki jalan kesufian (Tareqat Sufiyah) adalah sebenarnya memasuki pengembaraan iaitu pengembaraan AKUnya menuju Allah SWT. Pengembaraan ini bukan dari tempat ke tempat atau dari masa ke masa, tetapi pengembaraan ini adalah pengembaraan dalam kesadaran AKU, beredar dalam pengalaman kerohanian atau kejiwaan. Hanya jiwa yang merasainya, tidak kelihatan oleh mata kasar.

Tetapi setelah sampai ke destinasi (tempat dituju) iaitu kesadaran bahawa AKU ini fana dalam Allah dan Baqa(kekal) denganNya, barulah AKU itu sedar bahawa pengembaraan itu hanya dari tidak sedar kepada sedar. Sedar betapa AKU memang berada di destinasi sejak awal hingga akhir. Apakah destinasi itu? Itulah kesadaran dan pengenalan tentang Allah atau dalam istilah kesufian digelar MA’RIFAT.

Pada hakikatnya AKU itu memang berada ‘dalam’ Allah dan ‘kekal’ dengan Allah sejak awal lagi, dulu, sekarang, dan akan dating. AKU memang bersama dan ‘berpadu’ dengan Tuhannya. AKU itu memang diliputi oleh lautan Wujud Ketuhanan.

Penjelasan yang ke-31

Dalam peringkat AKU yang hakiki, ia tidak peduli orang yag mengeji kerana keji itu tidak akan merendahkan martabatnya. Ia juga tidak peduli orang yang memuji kerana pujian itu tidak akan meninggikan martabatnya. AKU tidak sakit hati dengan kejian dan tidak bangga dengan pujian. Semua itu tidak apa-apa bagi AKU. Keji dan puji tidak menjejaskan martabatnya sedikit jua.

‘Yang apa-apa’ bagi AKU hanya Allah kerana Dialah tempat AKU kembali, tempat AKU mengadu, tempat menyerahkan diri, tempat perlindungan, tempat pembelaan dari apa jua angkara, dari jin dan manusia, dari dunia dan apa saja. Cukuplah Allah bagi AKU.

Penjelasan yang ke-32

Dalam kesadaran AKU, semua makhluk ini dan diri AKU juga adalah semata-mata ayatollah(tanda-tanda Allah). Tanda-tanda adanya Allah, tanda-tanda kesempurnaanNya, keagunganNya dan keindahanNya.

Apabila dilihat tanda, tergambarlah yang tanda. Apabila dilihat gambar, terbayanglah yang digambar. Apabila dilihat daun yang bergoyang, nampaklah angina yang bertiup. Apabila nampak baying, nampaklah yang empunya baying. AKU dan alam semesta raya ini adalah ayat-ayat Allah belaka.

Penjelasan yang ke-33

AKU yang hakiki percaya dan menyerah diri kepada Yang Maha AKU(iaitu Allah) sahaja tanpa sangsi dan ragu-ragu. AKU memfanakan dirinya dalam Yang Maha AKU. Terasa oleh AKU betapa kasihnya Yang Maha AKU kepadanya. Tidak terhingga kasih sayangnya kepada AKU, melebihi kasih sayang ibu kepada anaknya. Yang Maha AKU cinta dan kasih sayang kepada AKU. Percayalah!

Penjelasan yang ke-34

Adakalanya AKU itu sangsi dan ragu atau perasaan tidak menentu terhadap kasih sayang Yang Maha Penyayang. Mungkin syaitan membisik kedalam kalbu supaya ragu-ragu dan tidak percaya dengan kasih sayang Yang Maha Pengasih.

Oleh yang demikian, AKU sentiasa memohon perlindungan Allah dari bisikan syaitan. Setiap saat AKU berjuang melawan bisikan syaitan itu dan mengharapkan bantuan dari Yang Maha Gagah(iaitu Allah).

Penjelasan yang ke-35

AKU sentiasa menyerahkan diri kepada Allah SWT. Penyerahannya bulat dan padu. Ia menyerahkan dirinya kepada Allah ibarat bayi menyerahkan dirinya kepada ibunya, ibarat mayat menyerahkan dirinya kepada pemandi mayat, ibarat ombak memfanakan atau melenyapkan dirinya kedalam lautan. Bahkan lebih dari itu lagi. Tidak dapat digambarkan lagi.

Penjelasan yang ke-36

AKU sebenarnya berasal dari tempat yang tinggi dan mulia iaitu dihadrat Allah SWT. Kemudian dating sebentar ke planet bumi dan diperbadankan dengan badan jasmani untuk tempoh yang ditentukan seolah-olah merantau sebentar di planet bumi ini.

Apabila sudah cukup tempoh berada diperantauan, AKU pun kembali pulang menuju ke tempat asal. Ibarat perantau kembali ke kampong halaman. Tidaklah terkira hati berasa nyaman.

Tetapi jika diperdalam renung dan kaji, AKU tetap berada di tempat sendiri. Bukan dari mana dank e mana pergi. Bila dan dimana juga pun AKU di tempat sendiri juga.

AKU dating dari Ilahi, tidak bercerai walaupun seinci dan sesaat. AKU tetap bersama setiap masa dengan Allah SWT. Dulu AKU bersama denganNya, sekarang pun bersama denganNya, akan dating pun bersama denganNya. Sentiasa AKU bersama dengan Allah SWT.

AKU itu tetap. AKU juga, bersama Allah sentiasa. Hanya alam-alam yang ditempuh saja berbeza , dari satu alam KE SATU ALAM YANG LAIN. AKU SENTIASA KEKAL DENGAN Allah, walaupun di alam manapun berada.

Penjelasan yang ke-37

AKU tidak kagum dengan kemajuan manusia. Tidak kagum dengan kemajuan sains dan teknologi, kemajuan peniagaan dan perindustrian. Bahkan AKU tidak hairan dengan segala urusan keduniaan.

Yang dihairankan oleh AKU iailah Allah Yang Maha Bijaksana yang melimpahkan segala ilham kemajuan itu. Sebenarnya Dialah yang maju dan Dialah yang bijaksana. Dia yang memiliki segala ilham. Sumber ilham kemajuan itu dari Yang Memiliki Ilham itu sendiri iaitu Allah SWT.

Penjelasan yang ke-38

AKU itu diri. Diri manusia itu banyak tetapi berasal dari Diri Yang Satu. Diri itu ROH. ROH itu banyak tetapi berasal dari Satu ROH iaitu Al Roh.

Al Roh itu digelar oleh orang-orang Sufi sebagai Haqiqatul Muhammadiyah atau juga digelar Insan Kamil atau Insan Kabir. Al ROh itu juga digelar Al Roh Ul Kulliyah (roh semesta). Dari ROH Semesta inilah dizahirkan ROH-ROH yang pelbagai dan banyak itu. Allah zahirkan AL Roh dan dari Al Roh dizahirkan sekelian ROH. ROH individu atau ROH perseorangan itu pancaran dari Al Roh dan Al Roh pula terbit dari Allah SWT.

Demikian pandangan falsafah kerohanian sebahagian orang Sufi.

Penjelasan yang ke-39

AKU tidak megah dengan harta benda, wang ringgit, pangkat darjat, anak pinak, sanak saudara yang banyak dan segala ghairullah (selain Allah).

AKU tidak iri hati dengan orang kaya. Ia tidak dengki dengan orang-orang berpangkat tinggi. Pada pandangan AKU segala harta benda, wang ringgit, pangkat, saudara mara, anak pinak dan sebagainya itu adalah milik Allah yang dianugerahkanNya kepada sesiapa saja yang dikehendakiNya. Dia yang menentukan siapa yang patut diberi harta banyak dan siapa yang patut diberiNya harta yang sedikit. Semua itu Allah yang menentukan. KetentuanNya tidak dapat disanggah dan dipertikaikan. Kenapa AKU mesti dengki dan iri hati dengan ketentuanNya. Dia yang AKU puji dan puja tentulah AKU redha dengan ketentuanNya.

Penjelasan yang ke-40

AKU tidak merasa hina kalau miskin papa atau buruk paras badan, atau tidak berpangkat atau tidak banyak kawan atau tiada intan berlian. Semua itu berkaitan dengan keduniaan dan kebendaan, tidak bersangkut paut dengan AKU yang bersifat kerohanian.

AKU hina jika kufur dengan Allah. AKU hina jika jauh dengan Dia, jika tidak beriman dan tidak bertakwa, itulah kehinaan pada AKU yang sebenar.

Penjelasan yang ke- 41

Matlamat AKU ialah ALLAH. Yang diharapnya ialah keredhaan Allah. Yang dimintanya ialah keampunan Allah. Pada pandangan AKU kehidupan akhirat itulah yang utama. Kembali ke hadrat Allah itulah yang diidamnya.

AKU tidak takut mati (berpisah nyawa dari badan) kerana ‘mati’ sebenarnya berpindah alam, dari alam dunia kea lam barzakh. AKU tetap AKU juga. Walaupun badan hancur tetapi AKU tidak hancur. AKU akan kembali sedar kerana hijab-hijab (tirai-tirai) kebadanan telah hilang.



Penjelasan yang ke- 42

Walaupun dari segi kehidupan dunia ini seseorang itu papa, tetapi kalau jiwanya kenal diri dan Tuhannya, ia tetap kaya. Kaya pada perasaannya. Walaupun susah kehidupan dunianya, AKUnya tetap berasa senang. Walaupun badannya lemah, AKUnya tetap berasa kuat. Walaupun ia kesunyian tanpa rakan, namun ia tetap berasa ramai.

AKU yang telah ‘menyerap’ dalam Yang Maha AKU, atau jiwa yang ‘menyerap’ dala Jiwa Semesta atau perasaan yang ‘menyerap’ dalam Perasaan Sejagat Raya, atau diri yang ‘menyerap’ dalam Diri Semesta Raya, tidak akan merasa lemah, tidak akan merasa susah, tidak akan merasa teruk, dan tidak akan merasa duka, dan tidak akan merasa sunyi.

Penjelasan yang ke- 43

AKU tidak megah dan tidak bangga. Orang yang telah kenal AKUnya tidak memiliki sifat-sifat yang tercela seperti takabbur, bongkak, sombong, kikir, dengki, khianat, takut kepada ghairullah, mengumpat, mengeji dan sebagainya.

Sifat-sifat tercela itu tidak perlu baginya. Segala sifat tercela itu sendirinya hilang dan diganti dengan sifat-sifat terpuji.

Apakah yang hendak dimegahkan, dikhuatirkan, ditakutkan, dan sebagainya kerana AKU itu sebenarnya tiada apa-apa. AKU itu kosong belaka. Yang ada hanya Allah pada hakikatnya. Allah memiliki segala-galanya. Dia yang patut dipuji dan dipuja.

Penjelasan yang ke- 44

AKU itu berilmu. Ilmunya adalah limpahan ilmu Allah. Ilmu itu meliputi yang diketahui. Apa yang diketahui itu adalah kandungan ilmu. Oleh itu AKU, ilmunya dan yang diketahuinya adalah sebenarnya ‘bersatu’, ‘bersama’, dan tiada bercerai.

AKU itu tahu. Apa yang AKU tahu itulah kandungan ilmu AKU. Berbagai-bagai yang diketahui oleh AKU. Semua itu kandungan ilmu AKU. Semua itu tiada bercerai dari AKU.

Penjelasan yang ke- 45

AKU yang sebenarnya itu hanya tertakluk kepada Allah sahaja. Ia tidak dikuasai oleh sesiapa. Alam ini tertakluk kepada AKU. Makhluk itulah yang tunduk kepada AKU dengan perintah Allah Yang Maha Perintah.

AKU itu khalifah Allah atau wakil Allah yang mngurus makhluk dengan isiNya. Segala yang ada dilangit dan dibumi semua untuk AKU. Kalau dunia ini lading, AKU pengurusnya dan Allah yang empunya lading itu.

Allah tidak perlu apa-apa. Hanya AKU yang memerlukan Dia. Hanya AKU yang mahukan dunia. Makhluk segala-galanya adalah untuk AKU(Insan). Semuanya kurniaan Tuhan AKU (Allah). Allah jadikan makhlukk untuk AKU. Demikian mulianya AKU.

Penjelasan yang ke- 46

AKU ini memang suci hakikatnya kerana Ia limpahan Nur Allah Yang Maha Suci. Yang mengotorkan AKU ini ialah syirik iaitu menyekutukan dengan apa dan siapa jua. Untuk membersihkan najis syirik itu dari hati ialah dengan Tauhid. Tauhid ibarat air yang menyucikan najis syirik dari hati. Jiwa yang bersih ialah jiwa yang tauhid.

Dengan Tauhid ini menjadikan jiwa seseorang itu berani, tawadhu’, sabar, kuat dan gagah kerana jiwa tauhid ini betul-betul mengEsakan Allah dan menyerah bulat-bulat kepada Allah Yang Maha Agung.

Dengan berzikir hati akan jadi tenang dan damai, akan menimbulkan semangat tauhid dalam dalam penzikir itu.

Penjelasan yang ke- 47

Perhubungan AKU dengan Allah SWT iailah ibarat pehubungan matahari dengan cahayanya, ibarat ombak dengan laut, ibarat air dengan ais. Semua ini menunjukkan betapa hampirnya perasaan AKU itu dengan Khaliknya.

Satu ibarat lagi ialah pelukis dengan lukisan, pengukir dengan ukiran, pengarang dengan karangannya, pencipta dengan ciptaan. Ini adalah ibarat untuk menunjukkan bahawa AKU dengan alam semesta raya ini adalah tanda-tanda atau manisfestasi Wujud Yang Maha Esa itu.

Penjelasan yang ke- 48

AKU tetap mengisbatkan Allah dalam segala hal dan tindak tanduknya. Maksudnya AKU tetap nampak Allah di sebalik segala yang maujud (perkara yang ada) ini dan “nampak” perbuatan dan lakuan dan arah mana memandang disana “nampak” Allah.

Oleh kerana memandang yang sedemikian itu maka AKU akan berkata, “ Tiada maujud melainkan Allah”. Ini adalah kata-kata dari orang yang sudah “tenggelam” dalam lautan Ketuhanan yang berada dalam pandangan keruhanian semata-mata. Inilah orang-orang sufi yang telah mencapai maqam Fana Fillah (lenyap dalam Allah) dan seterusnya Baqa Billah (kekal dengan Allah).

Penjelasan yang ke- 49

AKU sebenarnya hanya mengagungkan dan memuja Allah sahaja. Ia tidak mengagungkan apa-apa pun jua selain Allah. Pada pandangan AKU tidak ada yang kuat dan gagah melainkan Allah. Tidak ada yang bijaksana melainkan Allah. Tidak ada yang kaya melainkan Allah.

Semua kekayaan, kegagahan, kebijaksanaan, keindahan ghairullah adalah hanya limpahan kurnia Allah semata-mata. Oleh itu, AKU tetap dengan puji dan pujiannya terhadap Allah SWT sahaja.





Penjelasan yang ke- 50

AKU yang hakiki ini mempunyai ilmu. Ilmunya adalah limpahan dari ilmu Allah. Seluruh ala mini ada dalam ilmu AKU. Dalam ilmu AKU ada syurga, neraka, dunia, akhirat, malaikat, iblis bahkan seluruh ciptaan Allah. Semua ini ada dalam ilmu AKU kerana AKU tahu semua itu. Telah diberitahu melalui ayat-ayat Allah, yang tersurat dan tersirat, bahawa semua perkara tersebut ada dan AKU percaya dan ‘merasai’ adanya. Oleh itulah AKU ini mempunyai ilmu yang meliputi segala-galanya. Semua itu adalah limpahan kurnia Allah belaka.

Penjelasan yang ke- 51

Menurut Falsafah Kesufian, AKU itu adalah Insan Saghir yakni Manusia Kecil. Alam semesta raya yang ghaib dan yang nyata, adalah Insan kabir atau manusia besar. Insan Saghir itu adalah Alam Saghir iaitu Alam keil dan Insan Kabir itu adalah Alam besar.

Dikatakan sedemikian kerana hakikat-hakikat dalam Insan Kabir atau manusia besar itu ada dalam Insan Saghir. Idea-idea Insan Kabir itu ada terbayang dalam Insan Saghir atau Alam Kecil iaitu Manusia.

Alam Kabir itu pula mengandungi alam ruh, alam mithal dan alam jasmaniah atau alam fizikal. Alam-alam ini juga ada pada Insan Saghir atau manusia. Manusia terdiri dari unsure-unsur roh, mithal, badan sebagaimana Alam Besar ini terdiri juga dari unsur-unsur roh, mithal dan fizikal.

Roh itu nyawa atau jiwa atau ‘hidup’. Fizikal itu jisim atau badan. Mithal itu ialah antara roh dan badan yang digelar mental atau khayal atau minda( mind).

Idea Alam Kabir ada dalam Alam Saghir (manusia). Hakikat Insan kabir (iaitu Alam Besar) ada dalam Insan Saghir iaitu Manusia. Unsur-unsur alam kabir itu ada juga pada Alam kecil atau manusia itu.

Maka dengan itulah dikatakan AKU itu ayangan atau salinan Alam Kabir. AKU juga adalah bayangan atau salinan Insan Kabir. Insan Kabir dan Alam Kabir adalah jua nama bagi satu entiti atau diri.

Demikian teori Falsafah Kesufian menurut pandangan sebahagian Ahli Sufi.

Penjelasan yang ke- 52

AKU itu diri. Diri insan terbahagi kepada tiga bahagian menurut pendapat sebahagian Ahli Sufi, iaitu bahagian jasmani, bahagian mithali dan bahagian ruhani.

Unsur roh itu adalah diri yang sebenar. Itulah diri yang tidak akan ‘mati’ menurut istilah biasa. Diri ini berpindah alam sahaja dari satu alam ke satu alam yang lain. Diri inilah yang mulia dan menjadi ayat atau nur Allah. Kejadiannya mulia dan tinggi.

Unsur mithali adalah unsur antara jasmani dengan rohani. Ia adalah diri lapisan yang kedua. Ini termasuklah fikiran, minda dan tubuh halus yang bukan jasmani dan bukan pula roh yang sebenarnya. Diri inilah yang boleh mengembara dalam alam mimpi tatkala kita tidur.

Di lapisan yang ketiga iailah diri jasmani iaitu badan kasar kita yang terdiri dari empat unsur iaitu unsur air, unsur angina, unsur api dan unsur tanah. Diri ini memerlukan unsur-unsur yang empat itu untuk dapat hidup. Kehidupan hanya akan wujud setelah empat unsure itu tersedia.

Itulah tiga bahagian diri manusia. Walau bagaimanapun, unsur roh itulah yang paling penting. Roh itu hidup. Tanpa ‘hidup’ lapisan yang dua lagi tidak berfungsi. Dengan adana roh barulah diri kita boleh berfikir, berkomunikasi, makan, minum, bermain, bergerak dan sebagainya. Tanpa roh segalanya akan kaku, mati, dan tiada berguna lagi.

Penjelasan yang ke- 53

Ada juga orang yang berpendapat iri manusia itu terbahagi kepada dua unsure sahaj iaitu rohaniah dan jasmaniah. Unsure rohaniah termasuklah nyawa atau jiwa, dan juga fikiran, minda, khayalan, akal, dan seumpamanya. Semua ini berunsur rohaniah atau kejiwaan.

Yang berunsur kejasmanian atau kebadanan ini termasuklah anggota badan kasar seperti kepala, badan, kaki, tangan, telinga, mata, dan sebagainya yang terdiri dari unsur-unsur api, angina, tanah dan air.

Kedua-dua unsur kejiwaan dan kebadanan ini saling bertindak antara satu dengan yang lain, saling pengaruh mempengaruhi antara satu dengan yang lain. Kalau seseorang itu hatinya susah, atau duka, perasaan ini boleh mempengaruhi jasmaninya seperti tidak lalu makan dan minum dan akibatnya badan jadi kurus dan tidak sihat. Sebaliknya pula kalau badan sakit, fikiran pun runsing dan ini menyusahkan hati dan jiwa. Demikianlah adanya pengaruh mempengaruhi antara jasmani dan rohani.

Penjelasan yang ke- 54

Setiap orang hendaklah seboleh-bolehnya kenal akan dirinya yang sebenar itu iaitu yang berunsur rohaniah atau kerohanian itu supaya ia tidak mensia-siakan hidupnya di dunia fana ini. Hidup kita bukan di dunia ini sahaja. Hidup kita akan berlanjutan hingga kekal abadi di akhirat yang tiada hujungnya. Disana nilai buruk atau baik bukan disukat dari segi kekayaan harta benda, banyaknya anak pinak, bukannya kurniaan bintang atau pingat atau pangkat yang diperolehi di dunia ini. Nilai baik dan buruk seseorang di sana bergantung kepada iman dan amal soleh seseorang itu.

Dengan kenalnya kita akan diri kita yang sebenar itu, kita tidak akan putus asa, tidak takut, tidak bimbang dalam melayari bahtera hidup kita ini. Ini kerana kita tahu diri kita adalah kekasih Allah. Takkanlah orang yang mengasihi seseorang itu akan menganiayai kekasihnya. Sebenarnya Allah kasih akan diri kita lebih dari ibu mengasihi anak kesayangannya. Ia Maha Kasih Sayang terhadap hamba-hambanya.

Dengan mengenal diri kita, tidaklah kita takabur, sombong, bongkak, dengki, iri hati, khianat kerana kita tahu siapa diri kita sebenarnya. Dinisbahkan dengan Allah SWT, kita tiada apa-apa, hanya ayat-ayatNya sahaja. Jika dinisbahkan dengan makhlukNya, diri kita adalah penguasa dan pengurus. Allah menjadikan alam dan makhluk untuk kita (sebagai insan) dan kita untuk Dia. Demikian kata Ahli Sufi.

Penjelasan yang ke- 55

Badan kita yang zahir ini adalah penzahiran diri kita yang batin. Diri kita yang batin itu ghaib dari pandangan mata kasar. Untuk melihat yang batin itu diperlukan bayangannya iaitu diri kita yang zahir ini. Maka itulah dikatakan badan kasar itu hanya ‘sarung’ atau ‘tunggangan’ atau ‘sangkar’ bagi badan yang ghaib itu.

Apabila nyawa berpisah dari badan, maka tinggallah badan itu dan lama kelamaan jadi reput dan hancur kecuali dengan kehendak Allah ada juga badan yang tidak reput setelah lama nyawa meninggalkannya. Tetapi pada kebiasaan atau lumrahnya badan akan hancur binasa. Itulah dikatakan dari tanah kembali semula ke tanah.

Ada juga orang melihat dalam dunia ini ‘bayangan’ atau ‘lembaga’ orang yang telah lama meninggal dunia berlakun dan beraksi sebagaimana hidupnya dalam dunia dahulu. Itu bukanlah badan orang itu sebenarnya. Badannya telah hancur binasa. ‘bayangan’ atau ‘lembaga’ itu adalah dari unsure alam mithal. Alam mithal ini adalah alam yang halus, yang penghuninya atau kandungannya tidak hancur. Ia bukan roh semata-mata dan bukan pula badan semata-mata. Ia adalah antara kedua unsur itu.

Seperti yang kita perjelaskan dahulu, diri kita terdiri dari tiga unsur iaitu unsur badan, yang akan hanur kecuali yang dikehendaki Allah untuk tidak hancur, unsur mithal yang tidak hancur tetapi tersimpan dalam ‘alam mithal’ dan unsure ketiga iailah roh dan ini selama-lamanya hidup, tidak hancur dan tidak kembali lagi ke dunia nyata ini.

‘Lembaga’ atau ‘bayangan’ orang yang telah mati yang kelihatan oleh orang dalam dunia ini dan berlaku seperti mana ia hidup I dunia dahulu, sebenarnya adalah berunsur mithaliyyah (mithal). Sesekali ia kelihatan oleh orang yang hidup dalam dunia ini persis seperti mana hidupna dahulu, bahkan boleh pula berkata-kata dengan orang yang berada dalam dunia ini. Ini telah banyak terjadi dimana sahaja dalam dunia ini, baik di Barat atau di Timur.

Setelah kita faham alam yang tiga itu, maka tidaklah kita hairan kenapa ada orang yang mendakwa melihat si anu dan si anu padahal orang itu telah meninggal dunia. Alam mithal ini ada tetapi tidak kelihatan kecuali mereka yang dibukakan hijab untuk melihat alam itu dan para penghuninya.

Demikian teori sebahagian Ahli Sufi.









Penjelasan yang ke- 56

Untuk mengenal AKU yang hakiki itu perlu berusaha dengan sabar dan perlu panduan guru yang pakar dalam bidang kerohanian dan kesufian, dan banyak berfikir dan berzikir dan memohon taufik dan hidayah dari Allah SWT. AKU kita ini ibarat sagu, perlu dipecahkan ruyung, barulah dapat sagunya. Memecah ruyung itu hendaklah dengan petunjuk orang yang telah pakar memecahkan ruyung yang tahu cara bagaimana memecahnya dan alat pemecahnya pula mestilah yang sesuai.

Satu lagi ibarat, AKU yang hakiki yang dikatakan bayangan atau ayat atau penzahiran Yang Maha AKU (iaitu Allah) itu ibarat matlamat atau destinasi yang dituju. Sebelum sampaike destinasi itu perlulah kita mengembara atau berjalan dengan kenderaan atau tanpa kenderaan menuju tempat yang di tuju itu. Supaya kita tidak tersesat, kita perlu si penunjuk jalan atau ‘guide’ agar kita sampai ke tempat yang sebenarnya. Kita perlu pula kenderaan supaya cepat sampai, kalau berjalan kaki sahaja tanpa kenderaan lambatlah sampai. Setelah sampai perlulah kita mendapat pengesahan dari si penunjuk jalan bahawa tempat yang kita tuju itu telah sampai, maklumlah tempat yang kita tuju itu belum pernah kita lihat, mungkin kita was-was atau ragu-ragu adakah itu tempatnya. Setelah sah itulah tempat yang kita tuju, maka tamatlah pengembaraan kita. Apabila kita telah berada dalam tempat yang dituju itu, maka bebaslah kita menikmati dan merasai atau mengalami keadaan di tempat tersebut.

Seperti kata orang-orang sufi, “ Barangsiapa kenal dirinya akan kenal Tuhannya”. Mengenal Allah melalui mengenal diri itu adalah jalan atau cara orang-orang sufi. Ini bukan bererti diri kita itu sama dengan Tuhan. Diri kita tetap kita. Diri kita bukan Tuhan. Allah tetap Allah tanpa sekutu dengan yang lain. Diri kita tetap diri kita juga. Tetapi dengan mengenal diri itu apatlah kita mengenal Allah.

Seperti yang kita perjelaskan dalam penjelasan-penjelasan yang terdahulu, AKU atau diri kita ini adalah ayat-ayat atau tanda-tanda atau bayangan Tuhan. Zat Tuhan itu, digelar oleh Ahli Sufi sebagai ‘Kunhi Zat’ (semata-mata Zat), tidak sampai kedalam pengetahuan atau ilham atau kasyaf kita. Pendeknya ilmu dan kasyaf kita tidak sampai kesana. Tetapi bayanganNya atau ayat-ayatNya atau penzahiranNya dapat kita kenali.

Matahari itu silau mata kita memandangnya tetapi bayangannya dalam air dapat kita pandang tanpa merosakkan mata. Angin tidak dapat dilihat tetapi kalau daun bergoyang itulah tanda adanya angina. Pedas tidak dapat dilihat, tetapi cabai atau cili dapat dilihat. Inilah perumpamaan atau ibarat. Fikirkanlah.

Kita ini ibarat bayang, daun, cabai tadi. Dengan melalui bayang dapat dikenali yang empunya bayang. Dengan melihat daun bergoyang, dapat diketahui adanya adanya angina. Dengan cabai dapatlah kita merasai pedas.

Paling penting bertanyalah kepada orang yang ahli dalam bidang kerohanian dan kesufian ini. Janganlah ditanya kepada yang bukan ahlinya, kerana tiap-tiap ilmu itu ada ahlinya. Ahli ilmu itulah yang faham dan mengerti tentang ilmu yang diketahui dan diamalnya.



Penutup

Demikianlah serba ringkas tentang perkara AKU ini menurut pandangan Falsafah Kesufian. Sekiranya ada salah dan silap haraplah perbetulkan kerana penulis bukanlah seorang yang pakar dalam bidang ini, tetapi hanya sekadar ‘penterjemah’ yang menterjemahkan idea-idea dalam ilmu penterjemah yang singkat ini dalam bidang Falsafah Kesufian atau Falsafah Tasawuf kedalam risalah ringkas ini dengan bahasa Malaysia yang mudah untuk difahami oleh orang awam.

Semoga risalah ringkas ini dapat menambahkan satu lagi perbendaharaan buku atau risalah dalam kutub khannah atau perpustakaan buku-buku atau risalah-risalah Kesufian atau Tasawuf dalam bahasa Malaysia untuk mereka yang tidak faham membaca buku-buku atau risalah-risalah Kesufian dalam bahasa lain.

Mudah-mudahan Allah sentiasa memberi taufik dan hidayah kepada kita sekalian.

Amin, amin, Ya Rabbal’alamin.

TAMAT