Friday, December 12, 2008

Telatah Adeeba

Adeeba anak keempat. Ulahnya tidak ada tandingan. Kini umurnya baru genap dua tahun empat bulan. Dia sudah mengaku yang dia dah ada boyfriend bernama Adam. Oh Adam, budak sebelah rumah. Itulah satu-satu kawan rapatnya. Adam berumur 7 tahun. Adam selalu melayan dia seperti adik. Adeeba memang suka dilayan oleh kanak-kanak. Makcik Adeeba memperolok2 Adam, boyfriend Adeeba itu. Makcik cakap, Adam tak ada gigi. Aku ingat, Adeeba faham kerana dia hanya diam sewaktu makciknya mengatakan demikian.

Pada keesokan harinya, ketika aku sedang menyiapkan minum petang, Adeeba berlari masuk ke dalam rumah. "Mama-mama! Abe (gelaran nama yang diberikan sendiri oleh Adeeba kepada dirinya) dah cek jiji Adam. Jiji Adam adalah.. Tapi hitam!"

Oh rupanya, percakapan kemarin telah menyebabkan Adeeba pergi memeriksa gigi Adam. Alongpun, menyusul masuk dan mengatakan, "Mama, Abe pergi buka mulut Adam dan cek gigi Adam! Adam pun nganga je la...

Sunday, October 12, 2008

Mamaku Telah Tiada

Pada 14hb September, 2008 mamaku yang tercinta telah pergi meninggalkan aku dan seluruh keluarga. Aku benar-benar terkilan kerana sedikitpun tidak memahami keadaan dan hakikat ketika seseorang menghadapi sakratul maut. Aku cuma melihat, mengusap, membacakan syahadah, mengaji dan memperingatkan mama supaya dia sentiasa mengingati Allah di saat2 itu. Aku dan adik-adik hanya memikirkan mama sedang sakit sebagaimana yang dialaminya selama ini...

Aku benar2 terkilan kerana tidak sempat membisikkan yang aku sangat sayang padanya. Aku menyesal kerana tidak memohon ampun pada segala kesalahan yang pernah kulakukan padanya. Penyesalan selalu datang kemudian! Aku pasrah pada ketentuan Tuhan. Semoga mamaku ditempatkan dalam kalangan orang beriman. al-fatihah...

Monday, May 12, 2008

Tak ada Tajuk

Dingin malam
tak mampu menghangatkan
tubuh gersang penuh sesalan
jiwa meronta resah gelora

amalan yang ada sebatas syariat
makrifat belum sempat disiat
nafasku hilang dalam sesat
arus dunia semakin pesat
aku hilang pada gelapnya siang
aku hanyut pada terangnya malam

Monday, March 3, 2008

Bila Anakku Belajar Matematik

Aku ingatkan apabila Hud dah pandai membaca, aku tak kisah sangat pasal mengajarnya ilmu kira-mengira. Akupun tidak pernah fikir fasal matematik. Aku ingat dia dah tahu kerana aku sering bagi dia soalan2 bonus. 2+1 berapa? Dia pun dengan cepat mengira2 dengan tangannya. Pada hari ini barula aku tahu bahawa dia main hentam sahaja campur kira...Suamiku mahu dia faham konsep. Apa itu +, -, x dan sebagainya. Baginya, Hud kena faham konsep baru tahu segala-galanya tentang matematik. Maka bermulala soalan apakah makna simbol '+'. (add, plus, campur, tambah). Aku dan suami ingatkan itulah yang dia faham selama ini. Tapi, apakah jawapan yang dia beri? Katanya ' + ' itu simbol Kristian....aduh! Apalah nak jadi dengan anak aku sorang ni ! Dahla setiap hari dia tengok cd tarian 'lion dance' mengalahkan kawan Cina sebelah rumah, setiap hari telinga kami ni naik muak dengan dia memukul segala periuk dan baldi dengan irama tarian singa...Itu je la kepandaiannya. Pasal membaca, mengira, atau apa sahaja yang berkaitan dengan pelajaran, semua masuk parit kerana cita2nya bukan nak jadi pilot atau doktor tetapi ...'penari tarian singa'.
Alangkah terkejutnya bila mendengar cita2 anakku yang seorang ni dah berubah semenjak jatuh cinta dengan tarian singa. Dulu aku teringat masa dia umur 4 tahun, dia bercita2 nak jadi pilot. Dia teruja sangat sehinggakah pernah dia menangis kerana aku kata kalau tak pandai membaca, nanti tak boleh jadi pilot tapi kena jadi steward. Masa tu, aku ingat dia tak kisah kalau aku cakap steward sebab aku rasa dia tak faham pun maksud steward tu. Tiba-tiba dia kata sambil terisak-isak 'Hud tak nak jadi tewed tolak-tolak kanan'. -Maksudnya, Hud tak nak jadi Steward menolak makanan. Rupanya dia perhati pula kerja pramugara kat kapal terbang tu.

Tuesday, February 5, 2008

Aku Ambil Pembantu Baru

Pada 31hb Disember yang lalu, aku telah menemui seorang pembantu rumah baru. Aku berdoa semoga yang sorang ni akan membantu aku menguruskan rumah sebagaimana selayaknya. Setakat hari ini, rasanya dia bolehlah bagi markah 6/10 kerana aku masih menggaji dia dan tahan dengan kerenah-kerenah yang telah dilakukannya.
Sekurang-kurangnya, dia bukan dapat digolongkan dengan pembantu rumah yang suka bergayut atau membohog, itu sudah cukup bagi diriku...Tetapi apa pula yang dilakukannya sehingga aku mengambil keputusan untuk mencoretkan rasa hatiku tentang dirinya?
Nama pembantu baruku ini Ita. Tidak pastila sama ada itu nama glamour dia ataupun nama asli yang makpak dia bagi. Dia ni keturunan Bugis + Dayak. Hmm boleh tahan juga la putihnya. Aku ambil dia bekerja kerana aku sudah tidak tahan buat kerja rumah? dan kebetulan aku sakit...lalu aku diperkenalkan kepada Ita oleh kawan kepada kawan kepada kawan, pembantu rumah kawan aku.
Dia berhenti kerja dari majikan lama kerana majikannya lambat sangat bagi dia gaji. Jadi, sepanjang dia duk dengan aku, beberapa kali jugala aku dok mengantar dia ke rumah majikan lama untuk 'menagih' gaji dua bulan dia yang belum diberikan, dan sehingga hari ini, gaji tersebut belum langsai lagi.
Pada sambutan hari lahir Hud baru-baru ini, seorang rakanku membawa pembantu rumahnya datang. Baru je mereka berjumpa, Ita dan pembantu rumahku ini melonjak keriangan. Rupanya mereka telah kenal. Dan paling lucu, Ita ini tinggal serumah pula dengan mantan pembantu rumahku yang pernah kuceritakan dalam blog lamaku...Oh tidak. kecilnya duniaku!