Monday, March 3, 2008

Bila Anakku Belajar Matematik

Aku ingatkan apabila Hud dah pandai membaca, aku tak kisah sangat pasal mengajarnya ilmu kira-mengira. Akupun tidak pernah fikir fasal matematik. Aku ingat dia dah tahu kerana aku sering bagi dia soalan2 bonus. 2+1 berapa? Dia pun dengan cepat mengira2 dengan tangannya. Pada hari ini barula aku tahu bahawa dia main hentam sahaja campur kira...Suamiku mahu dia faham konsep. Apa itu +, -, x dan sebagainya. Baginya, Hud kena faham konsep baru tahu segala-galanya tentang matematik. Maka bermulala soalan apakah makna simbol '+'. (add, plus, campur, tambah). Aku dan suami ingatkan itulah yang dia faham selama ini. Tapi, apakah jawapan yang dia beri? Katanya ' + ' itu simbol Kristian....aduh! Apalah nak jadi dengan anak aku sorang ni ! Dahla setiap hari dia tengok cd tarian 'lion dance' mengalahkan kawan Cina sebelah rumah, setiap hari telinga kami ni naik muak dengan dia memukul segala periuk dan baldi dengan irama tarian singa...Itu je la kepandaiannya. Pasal membaca, mengira, atau apa sahaja yang berkaitan dengan pelajaran, semua masuk parit kerana cita2nya bukan nak jadi pilot atau doktor tetapi ...'penari tarian singa'.
Alangkah terkejutnya bila mendengar cita2 anakku yang seorang ni dah berubah semenjak jatuh cinta dengan tarian singa. Dulu aku teringat masa dia umur 4 tahun, dia bercita2 nak jadi pilot. Dia teruja sangat sehinggakah pernah dia menangis kerana aku kata kalau tak pandai membaca, nanti tak boleh jadi pilot tapi kena jadi steward. Masa tu, aku ingat dia tak kisah kalau aku cakap steward sebab aku rasa dia tak faham pun maksud steward tu. Tiba-tiba dia kata sambil terisak-isak 'Hud tak nak jadi tewed tolak-tolak kanan'. -Maksudnya, Hud tak nak jadi Steward menolak makanan. Rupanya dia perhati pula kerja pramugara kat kapal terbang tu.