Saturday, March 14, 2009

Bubur VS Dubur

Ada seorang kawan bercerita tentang sepupunya yang bekerja sebagai nurse di Semporna. Ini cerita sikitpun tiada bermaksud untuk mempertikaikan kefahaman bahasa seseorang, cuma sekadar menjelaskan tentang natijah akibat berlaku 'salah faham' atau 'salah pendengaran'.

Seorang ibu membawa anaknya berjumpa nurse sepupu kawan saya ni, mengadu anaknya demam. Jadi ubat yang telah diberikan dr, diserahkan oleh nurse tersebut kepada ibu tersebut. Nurse tersebut menjelaskan bahawa, ubat tersebut harus dimasukkan ke dalam dubur.

Keesokan hari, ibu tersebut kembali lagi dan mengadu demam anaknya bukan sahaja tidak baik, justeru bertambah parah dan anaknya juga sakit perut. Nurse tanya ubat dimasukkan tak ke dalam dubur? Ibu berkata, ya saya masukkan dalam buburnya...Jadi?