Saturday, December 15, 2007

Aktiviti Cuti Sekolah

Ingatkan cuti sekolah ni nak g la jalan2 ke..cuti2 Malaysia ke..
Tapi nampaknya, impian itu hanya tinggal impian..Aku dan suami terpaksa mengurangkan aktiviti kerana HARUS melipatgandakan usaha mengajar Hud membaca..membaca..membaca..

Bayangkanlah dia eja: 1. SE PA TU...dia kata 'Kasut'....2. RO DA...dia kata 'tayar'...adui..org sihat pun boleh jatuh sakit mengajar macam ni...Akhirnya, aku dapat jumpa seorang guru, guru yg mengajar kembar di sekolah. Aku hantar Hud buat intensif kelas selama 2 minggu...di samping aku mengajar di rumah ...akhirnya, alhamdulillah...sekurang-kurangnya, dia tidak lagi buta huruf..

Saturday, November 10, 2007

alis

Ketika minum petang bersama anak-anak, saya bertanya soalan kepada anak-anak saya. Soalan pertama yang saya tanyakan ialah tentang organ yang kurang bermanfaat dalam tubuh badan manusia. Dengan serentak along dan angah menjawab "alis" mama...sambil menunjuk ke arah alis mereka. Saya bertanya kembali, "mengapa kata macam tu?". along jawab sebab ia hanya untuk kecantikan je...jika ia tak ada, orang tetap cantik...macam mona lisa...kalau ada pun, orang asyik potong! sampai botak!

Syed Muszaphar

Anak-anak begitu teruja dengan cerita tentang orang naik ke bulan...Siap bertanya mengapa si Said (panggilan untuk Syed Muszaphar?) tu masa kat angkasa asyik terbalik dan berpusing-pusing. Dengan senang saya menjawab ia berkenaan tarikan graviti yang tidak ada di bulan. Along bertanya...tentulah dia tak buang air besar kan mama? Macamana nak buang nanti kena muka dia balik!....
Tiba-tiba Angah mencelah...Saya tak nakla bercakap tentang sapa nama orang tu? Said?.....Angah selalu mimpilah...Kami semua hairan dan menunggu kata-kata seterusnya mengapa dia tak nak bercakap tentang orang itu. Adakah dia takut memikirkan orang naik ke bulan tidak dapat berdiri dengan baik? Tiba-tiba dengan malu-malu Angah berkata "Dia hensem sangatlah.....Ya Allah! kami semua terperanjat...Aduh anakku dah pandai naksir orang rupanya....Along ketawa seperti hilang akal. Agaknya dia terkejut dengan perangai adiknya!

Friday, November 2, 2007

Ragam Anakku berSekolah Tadika

Aku dan suami mengambil keputusan utk menghantar Hud sekolah beraliran Cina (tapi aku pilih medium Bhs Ing) kerana Hud sangat teruja melihat sekolah tadika yang penuh dengan warna-warni dan kelengkapan taman permainannya. Sekurang-kurangnya, tidaklah aku sengsara membawa dia ke sekolah seperti ketika dia berumur 4 tahun...(Dia meraung-raung utk ke sekolah).
Ketika tahun pertama (tadika tahun 1) guru kelasnya sangat prihatin. Hud lambat masuk 10minit, dia dah kecoh. Hud tak sekolah sehari, dia dah telefon rumah...Pokoknya, Hud yg aku tengok tak la berapa ok pencapaiannya, kata guru itu, Hud ok..jadi akupun ok saja la...
Masuk tahun ke2, guru kelas bertukar-tukar. Sebelumnya guru cuti bersalin, kemudian tukar lagi..dan lagi sebanyak 3 kali. Aku juga tidak peduli. Kepedulianku hanya ketika merasakan Hud masih belum pandai membaca. Aku mula gelabah krn sebelum ini, kakak2nya umur 5 tahun sudah pandai baca. Tapi aku akui bahawa, kelebihan anak berbeza2...
Namun, aku mula gelabah bila sebulan sebelum pperiksaan, hampir setiap hari Hud menyanyikan baris2 ayat yg salah satunya yg aku ingat sampai sekarang..rat on the bus..aku hairanlah dan bertanya, masa bila pula tikus naik dan ada dalam bas? tak pernah dengar pun lagu tu..katanya, cikgu ajar..ok la..selepas ppriksaan, aku melihat salah satu kertasnya, iaitu pembacaan...salah satu soalan, ada la perkataan rat tu...Hud kata, cikgu tunjuk2 semua perkataan, jadi mrk baca...kalau betul, dapat markah..jadi? ertinya, budak2 diajar menghafal dan kemudian, disoal..kalau betul, yg ditunjuk tu sama dgn yg keluar dari mulut budak2, ertinya dapat markahlah..hmm macam tu pula sistem membacanya..
penggal kedua, aku berhentikan Hud sekolah. Aku pindahkan dia. Aku tidak mahu dia menghafal lagi...Aku letih menunggu dia menghafal semula buku2 yg aku bagi dia baca, sedangkan dia tak faham huruf2 tersebut...Mungkin keputusanku sudah terlambat @ salah. Tapi aku bersyukur kerana 6 bulan di sekolah baru, Hud ada perubahan. Dia sudah boleh kenal huruf, rakan2nya bukan lagi anak2 taukeh tetapi dari pelbagai lapisan masyarakat..dan paling menarik, dia kenal pula perkataan2 yg aku sendiri tidak pakai lagi..dulu je masa budak2 ...Contohnya TEPILING (tempiling bermaksud tampar -bahasa baku org Sabah)...aku pura2 tak tahu maksud perkataan tu dan bertanya..apa maksud perkataan tu ? Katanya "Aku tappar kau, kau tappar aku!"...(aku tampar kau, kau tampar aku!)..sabar je la aku dgn kerenah budak2 ni..dahla sebutannya salah. maksudnya pun dah panjang berjela2...

Thursday, August 2, 2007

Pekan Presiden Penyair

Pada 16hb Julai, 2007 saya telah diundang untuk mengikuti pekan presiden penyair di Jakarta Indonesia. Siapalah agaknya yang menggelarkan dirinya sebagai presiden penyair di Indonesia kalau bukan Sutarji Calzoum Bachri. Pekan yang kita umpamakan sebagai satu pesta meraikan SCB diadakan bersempena menyambut ulangtahun beliau yang ke-66 tahun. SCB telah menulis puisi sejak tahun 60-an lagi dengan puisi yang dikatakan berbentuk mantra - oleh itu kini dia digelar pula sebagai raja mantra. Puisi-puisi SCB memang sangat unik dan ambiguitis. Bagi SCB dalam kredo puisinya, 'kata-kata bukanlah alat mengantarkan pengertian. dia bukan seperti pipa yang menyalurkan air. Kata adalah pengertian itu sendiri. Dia bebas'.
Salah satu puisi SCB yang sangat saya kagumi;
Walau
walau penyair besar
takkan sampai sebatas allah
dulu pernah kuminta tuhan
dalam diri
sekarang tak
kalau mati
mungkin matiku bagai batu tamat bagai pasir tamat
jiwa membumbung dalam baris sajak
tujuh puncak membilang bilang
nyeri hari mengucap ucap
di butir pasir kutulis rindu rindu
walau huruf habislah sudah
alifbataku belum sebatas allah
SCB -1979.
Pokoknya, sepanjang mengikuti Pekan Penyair itu, aku amat beruntung kerana bukan sahaja dapat membentangkan kertas kerja tentang cerpen-cerpen SCB, aku juga dapat mendengar sendiri SCB mendeklamasikan puisi dengan gaya yang tersendiri, dapat menemui Djenar Maesa Ayu dan yang paling best..dapat shopping di jakarta...

Thursday, July 12, 2007

Pemberitahuan

Ni blog baru aku, blog lamaku, aku tak boleh edit dan post sebab lupa passwordnya ..hahahaha