Tuesday, February 5, 2008

Aku Ambil Pembantu Baru

Pada 31hb Disember yang lalu, aku telah menemui seorang pembantu rumah baru. Aku berdoa semoga yang sorang ni akan membantu aku menguruskan rumah sebagaimana selayaknya. Setakat hari ini, rasanya dia bolehlah bagi markah 6/10 kerana aku masih menggaji dia dan tahan dengan kerenah-kerenah yang telah dilakukannya.
Sekurang-kurangnya, dia bukan dapat digolongkan dengan pembantu rumah yang suka bergayut atau membohog, itu sudah cukup bagi diriku...Tetapi apa pula yang dilakukannya sehingga aku mengambil keputusan untuk mencoretkan rasa hatiku tentang dirinya?
Nama pembantu baruku ini Ita. Tidak pastila sama ada itu nama glamour dia ataupun nama asli yang makpak dia bagi. Dia ni keturunan Bugis + Dayak. Hmm boleh tahan juga la putihnya. Aku ambil dia bekerja kerana aku sudah tidak tahan buat kerja rumah? dan kebetulan aku sakit...lalu aku diperkenalkan kepada Ita oleh kawan kepada kawan kepada kawan, pembantu rumah kawan aku.
Dia berhenti kerja dari majikan lama kerana majikannya lambat sangat bagi dia gaji. Jadi, sepanjang dia duk dengan aku, beberapa kali jugala aku dok mengantar dia ke rumah majikan lama untuk 'menagih' gaji dua bulan dia yang belum diberikan, dan sehingga hari ini, gaji tersebut belum langsai lagi.
Pada sambutan hari lahir Hud baru-baru ini, seorang rakanku membawa pembantu rumahnya datang. Baru je mereka berjumpa, Ita dan pembantu rumahku ini melonjak keriangan. Rupanya mereka telah kenal. Dan paling lucu, Ita ini tinggal serumah pula dengan mantan pembantu rumahku yang pernah kuceritakan dalam blog lamaku...Oh tidak. kecilnya duniaku!