Friday, November 4, 2011

adajiwa bahagia tika bayi

Buka buku hidupmu rujuk di halaman kanak-kanak sebelum engkau berumur tiga tahun. Pantas ceria cergas dan tidak pandai putus asa. Membaca  helaian zaman kanak-kanak membuat dirimu akan senyum sendiri dan senyum inilah yang paling ikhlas sekali. Pada bibir merah kanak-kanaklah engkau akan melihat senyum ikhlas yang benar-benar ikhlas tanpa harap balas.Kerana zaman anak-anak penuh CINTA, KASIH DAN SAYANG. Langsung tiada dendam, benci, busuk hati tamak HANYA wujud keriangan berpanjangan bahkan tidak pernah kenal duka. Tak pernah mengeluh sedikitpun jua. Misteri apa dalam hidupmu wahai alam kanak-kanak. Masa-masa Indah di waktu kanak-kanak menjadi bahan renungan yang sangat berharga sekali bagi yang mau mengambil pelajaran di dalamnya. HIDUP tanpa beban di fikiran tanpa BENCI di hati. ALAM bahagia jiwa kembalikanlah fitrah dirimu pada KASIH dan LUCU serta Ceria selalu…..

No comments: